Hero Dalam Irama | TERBIT
  • Reads 582,943
  • Votes 32,189
  • Parts 26
  • Reads 582,943
  • Votes 32,189
  • Parts 26
Complete, First published Jun 16, 2020
2020 | TERBIT 2022

This story might not be the best from me, and I am sorry.

"There's rhythm that right for your soul."

***

Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka?

"Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan.

Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama.

"Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima.

Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri.

"Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima.

Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala.

Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan?

***

Cover by: @hdaynie❤️
All Rights Reserved
Sign up to add Hero Dalam Irama | TERBIT to your library and receive updates
or
#33sadstory
Content Guidelines
You may also like
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
20 parts Ongoing
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
92 parts Complete
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
You may also like
Slide 1 of 10
Kimia (Sudah Terbit) cover
Dear Crush - Seventeen cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Internet Death Angel | TERBIT cover
AZEL [BAD MAGICIAN] cover
THE RULES: BRAYAN [Complete] cover
The Criminal's Bride cover
WRITING TIPS ♡ cover
Di Sebalik Senyuman [ Completed ] cover
She's The Silent Killer cover

Kimia (Sudah Terbit)

14 parts Complete

Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka, mulut manis memang bergula buat hati Zink dikunjung musim bunga setiap masa. Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta buatkan dua-dua setuju untuk berkongsi rasa. Bila cinta dan kimia disatukan di dalam satu cerita, "Zink, I love Uranium." "Potassium Caan." Orang kata cinta itu macam kimia? Tapi, di dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated... Right away. Eksperimen yang baru harus dimulakan. "Kita still kawan, kan?" "Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali je, I can't afford to lose you twice." Mampu ke hubungan mereka bertahan hingga ke akhirnya? Ikuti perjalanan suka duka mereka di dalam Kimia! ________________ Another romance by: Akyelrahim Diterbitkan oleh: Manes Workwork