Erin Dayana-seorang gadis yang terlalu mengharapkan kasih sayang ibunya tidak pernah berhenti berusaha mendapatkan kasih sayang ibunya. Dia rela mengorbankan cintanya dengan Tuan Daniel demi ibunya. Sejak hari itu, Erin menutup pintu hatinya kepada semua lelaki. Adam Redza- Dia tak pernah percaya bahawa cinta itu wujud. Baginya, semua wanita sama. Hanya mahukan duitnya dan hartanya. Perempuan baginya hanyalah sebagai alat untuk dia bermain kata dan sekadar teman untuk mengisi masa lapangnya. Pertemuan di antara Adam dan Erin Dayana sebagai 'Encik Stalker' dan 'Miss Careless' membibitkan rasa senang di antara satu sama lain. Mereka mula berkawan baik walaupun dalam diam mereka mencintai satu sama lain. Kehadiran Daniel dan Puan Maria membuatkan hidup Erin penuh dengan rahsia dan persoalan yang sukar untuk diungkapkan.
1 part