Mengisahkan dua rakan yang asalnya merupakan rakan sekerja dan kerana si gadis broken heart dan lebih banyak meluahkan masalah dengan si jejaka maka tertimbul satu perasaan di dalam hati masing-masing. Mengetahui si gadis berkawan dengan seseorang tapi si jejaka tidak menunjukkan tanda sehingga di ketahui oleh si gadis tersebut. Awal tahun selepas sambut tahun baru, si gadis telah meluahkan perasaan dan hubungan mereka terjalin dari Rakan sekerja menjadi Pasangan tak di ketahui dalam kalangan rakan sekerja mereka. Namun, dalam tempoh hubungan mereka, tertimbul satu kejadian dan si jejaka dan si gadis nekad untuk elak ianya berlaku sekali lagi maka mereka membuat keputusan yang selayaknya. Adakah tindakan mereka betul? Adakah hubungan ini akan di ketahui oleh staff-staff di tempat kerja mereka? Adakah hubungan mereka di restui kedua pihak keluarga?