[edited ending]
You drew memories in my mind
I could never erase.
You painted colors in my heart
I could never replace.
Tengku Aniq Hayqal, seorang jejaka yang serupa seperti hero sebuah novel. Sentiasa menjadi penyelamat kepada si heroin, menjadi pujaan para gadis dan wanita di luar sana.
Nayla Qistina, muka yang ceria, sentiasa gembira, tapi siapa tahu disebalik semua itu? Kenangan hitam sering kali menghantui dirinya. Siapa sahaja sanggup memiliki gadis seperti dia?
Apabila ada yang bertakhta di hati, hati disimpan buat dirinya saja. Namun apabila ia dihancurkan buat kali kedua, bagaimana harus dia beri pada pemilik yang sebenar?
"Kenapa kau buat aku macam ni?" -Nayla Qistina
Hadirnya dia, memberi impak yang besar dalam hidupnya. Dia mempunyai auranya yang tersendiri, seolah-olah hero di dalam sebuah novel.
Suka bertukar cinta, aci tak?
"Jangan ingat saya sama macam boyfriend boyfriend durjana awak. I'm totally different," -Aniq Hayqal
Katakan sahaja ini sebuah drama cliche, penuh dengan konflik, salah faham, benci membenci, jatuh cinta dalam diam. Dia tidak kisah. Asalkan hatinya tidak sakit lagi akibat perkara yang sama, lelaki.
Namun permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik juga. Mungkin pada awalnya baik sahaja, namun pengakhirannya, siapa yang dapat jangka? Mungkin pengakhiran mereka adalah pengakhiran yang menggembirakan atau mungkin saja pengakhiran yang memerlukan pengorbanan.
"I guess, the next series of this story is not about us anymore,"
Mungkin dia untukku, tapi mungkin juga dia untuk orang lain.
p/s: i wrote this when i was 14 sooo ignore the cringy thing yeaa ^^
NO COPYRIGHT
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed