Dari tingkatan 3, aku sudah menyimpan perasaan yang mendalam buat Abang Remy, sepupuku. Namun ketika aku berusia 18 tahun, Abang Remy telah memilih Farah sebagai isteri. Meskipun sakit untuk menelan kenyataan itu, aku tetap berasa bahagia untuknya.
Tapi perkahwinan Abang Remy dan Farah hanya bertahan selama sebulan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai tanpa ada sesiapa tahu apa puncanya.
2 tahun berlalu, aku cuba mencari keberanian untuk meluahkan namun Abang Remy hanya banyak mengasingkan diri.
"Mira nak kahwin dengan Abang Remy, mak long." - Aku
"Mira.. Mira sedar tak apa Mira cakap ni? Abang Remy bukannya muda, dia tak sesuai pun dengan Mira. Lagipun dia tu duda, Mira tu anak dara. Banyak lagi teruna yang nakkan Mira." - mak long
Aku tak kisah apa pun status Abang Remy, sebab bagi aku dia adalah seorang lelaki yang bergelar duda paling hot, seksi dan kebabom.
"Mama cakap Mira tawarkan diri nak kahwin dengan abang ya?"- Abang Remy.
"Dulu masa kecil-kecil, abang janji nak kahwin dengan Mira bila Mira dah dewasa. Sekarang Mira dah umur 20 tahun, abang kena lah tunaikan janji abang." - Aku
Perkahwinanku dengan Abang Remy sangat indah. Dia melayaniku dengan begitu baik. Semua keinginanku dipenuhi namun satu perkara yang aku masih tercari-cari adalah perasaannya yang sebenar terhadapku. Sikapnya yang perahsia menyukarkan aku mengorek isi hatinya.
"Kalau Mira nak tahu abang rindu ke tidak, balik la sini. Baru abang bagitahu Mira" - Abang Remy.
Lain pula yang jadi bila aku pulang senyap-senyap.
"Mira dah agak dah, abang tak move on lagi daripada dia."- Aku
"Kalau abang tak boleh lupakan dia, buat apa abang kahwin dengan Mira?" - Abang Remy
"Sebab abang nak gunakan Mira untuk lupakan dia, kan? Ingat Mira tak tahu?" - Aku
Apabila surat cerai berada di tangan Abang Remy, barulah semuanya terbongkar.
"Kenapa Mira nak abang menduda dua kali sebab Mira?" - Abang Remy
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧
Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose.
Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu.
Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya.
"Kau nak keluar dari rumah ni?" - MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak." - NUREEN RAUDHAH
"Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." - MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak anak saya dihina." - NUREEN RAUDHAH
Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina.
"Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." - MUHAMMAD ZAYRAN
"Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" - NUREEN RAUDHAH
"Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." - MUHAMMAD ZAYRAN
⚠️ No Plagiarism Allowed!