CAHAYA DI LANGIT ANDALUSIA
10 parts Ongoing Cover by:@tsweetestrain
'Cinta yang lahir di tanah Andalusia, diuji oleh rahsia dan bahaya....'
Cordoba, Andalusia. Pusat keilmuan dan kegemilangan Islam. Di kota yang dipenuhi cahaya ilmu ini, Nour Zahira terperangkap dalam sebuah misteri yang tidak pernah dia bayangkan. Dia bukan sekadar seorang gadis asing yang tersesat di masa lalu, tetapi kunci kepada rahsia yang telah lama tersembunyi iaitu Kitab Sirr al-Andalus, kitab yang mampu mengubah nasib sebuah peradaban.
Di sisi lain, Umar ibn Khalid, seorang lelaki misteri yang menyembunyikan identitinya, kembali dihantui masa silam. Dia bukan sekadar pedagang biasa, tetapi waris kepada sebuah perjuangan yang belum selesai. Apabila Nour diculik oleh sebuah organisasi rahsia yang ingin menghancurkan Andalusia dari dalam, Umar tidak punya pilihan selain bertarung
Bukan hanya demi gadis itu, tetapi demi mempertahankan Cordoba daripada jatuh ke tangan musuh.
Dalam perjalanan merungkai kebenaran, mereka diuji dengan pergelutan antara cahaya dan bayangan, antara iman dan pengkhianatan, antara takdir dan pilihan.
Di kota yang megah ini, sejarah sedang menulis semula dirinya.
Dan di langit Andalusia, cahaya kebenaran akan menentukan segalanya.
#don't plagiat
#enjoy reading!
#First islamic history story