Adam x Nurani ©Project E-Zine Semasa datang membuat penilaian tentang syarikat yang baru diambil alih oelh majikannya, Adam bertemu dengan Nurani. Nurani yang misteri, tahu membancuh kopi mengikut cara dan sukatan yang Adam suka. Lebih mengejutkan, gadis itu juga tahu nama penuh Adam yang jarang digunakan dalam urusan kerja. Semua rasa tertanya Adam membawanya pada jawapan yang tidak masuk akal. Lantas Nurani dituduh penipu dan dipadam keluar dari memori hidupnya. Pada Adam, gadis seperti Nurani tidak boleh dipercayai. Namun rupanya tidak semudah itu dia boleh melupakan Nurani. Tiga bulan kemudian dia kembali mencari si gadis. Pertemuan kali ini membawa Adam pada jawapan untuk satu persoalan yang tidak pernah wujud. Mimpi yang selama ini menghantui tidurnya, rupa-rupanya bukan permainan tidur semata. Mimpi itu juga yang sebenarnya membuatkan takdir Nurani bertembung dengannya. Adam dan Nurani. Kedua-duanya sedang berada di atas jalan hidup yang masih kabur tidak jelas hala tujunya. Mungkinkah pertemuan ini akan membawa mereka masuk ke dalam haluan yang sama? Atau salah seorang daripada mereka cuma singgah untuk sementara?