HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga.
"Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!"
NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain.
Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu...
"Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina
Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya!
"Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud
Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti!
"Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina
"Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud
MULA: 13 JULAI 2020
TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
(GxG) Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak sekolah yang hyper active jatuh cinta dengan ketua pengawas yang garang tapi soft spoken. Macam macam moment happy dan tidak happy mereka lalui berama. Adakah merekah akan bersama buat selamanya?
-mencintai seseorang tidak semestinya harus di miliki. Jika jodoh telah menetapkan bahawa akan bersama selamanya, jaga lah hubungan itu bersama- (kihkihkih sekadar ayat saja ii)
----------------------------------------------------------------------
WARNING !!!Cerita ni gxg siapa yang tak suka baca, jangan lah baca ye sayang-
-buat cerita sekadar suka suka jadi ayat tugang langgang sikit hehehe-