HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga.
"Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!"
NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain.
Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu...
"Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina
Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya!
"Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud
Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti!
"Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina
"Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud
MULA: 13 JULAI 2020
TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Irdina
Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimpikan hidup yang bahagia.
Nazran
Seorang doktor yang berkhidmat di Shah Alam Medical Centre. Dia memiliki wajah yang tampan sehingga digilai ramai wanita. Dia juga pernah diecewakan oleh perempuan yang bernama Maya.
Irdina dan Nazran. Apabila mereka bertemu membuatkan satu hospital kecoh. Mereka bila berjumpa seperti anjing dengan kucing. Ada sahaja yang digaduhkan.
Mereka dijodohkan oleh aturan keluarga membuatkan Irdina 100 peratus tidak setuju manakala Nazran bersetuju atas sebab tertentu.
Di saat mereka berputik cinta, seseorang datang dan hancurkan mahligai yang dibina oleh Irdina dan Nazran.
Apakah yang akan terjadi selepas itu? Siapakah Maya di dalam hidup Irdina dan Nazran?
Masihkah ada sisa-sisa cinta kita?