Halilintar,
dia lelaki sulung dari '6 beradik'.
dia memegang tanggungjawab yang besar sedari kecil.
dan dia yang paling terluka antara yang lain.
iya, dia sememangnya garang dan terlihat seakan tak berperasaan. Tetapi, walau bagaimana sekalipun. dia tetap seorang manusia biasa. manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
"Huh... huh... huh... a... apa yang aku... mimpi tadi."
Setiap malam, bulan purnama tiba. entah mengapa mimpi ngeri sering melanda. Tanda tanya sering muncul tatkala sedar dari tidur yang lena. mimpi itu... benar- benar menakutkan.
"Hali! cepatlah turun! kata nak pergi jalankan misi awal!"
Mereka, tiada siapa tahu tentang perkerjaan mereka yang sebenar. Kerja sebagai seorang guardian yang menjaga keamanan dunia dalam diam sedikit sebanyak semakin mencabar.
hari demi hari yang dilalui, juga semakin menyusahkan daripada kebiasaan.
Akhirnya, saat yang dinanti- nantikan telahpun tiba! Pertemuan tak diduga berlaku tikala mereka sang Guardian melaksanakan misi yang diberi.
Sangat mengejutkan apabila... muka 'dia' agak sama seperti mereka.
"kau... kenapa muka kau sama macam kami?"
Dia senyum.
"Mungkin... kebetulan? siapa tahu bukan?"
Sangat menghairankan. Apa- apa lagi bertemu pula dengan sang musuh yang sememangnya membencikan para guardian seperti mereka berenam! semakin membuatkan keadaan menjadi panas.
Dan tanpa mereka sedari, mulai saat itu.
Segala rahsia yang tersimpan mulai terbongkar.
Musuh yang mengetahui 'cerita' sebenar hanya sekadar menahan tawa.
Dan 'sesuatu' yang selalu memerhati mereka bakal bertindak.
Persoalannya
Apakah rahsia tersebut? Siapakah si 'dia' yang mempunyai rupa paras sama macam mereka? adakah 'sesuatu' itu punya niat jahat terhadap mereka?
Kesemua soalan bakal terbongkar dengan mendalami kisah...
JANGAN SAKITI DIA!
***
AMARAN!
No Plagiat! Bila Ira dapat tahu je, Ira tak akan sesekali HALALkan mana mana storyline yang korang ambik tu!
S T A R T: 13 JULAI 2020
END: -