Mengisahkan tentang seorang lelaki yang selalu rasa tersisih. Bukan datang dari keluarga yang kaya-raya, bukan juga seorang yang terlalu bijak. Malah, selalu ditimpa nasib malang dan kesusahan.
Pada suatu hari, dia telah dibenci oleh rakan-rakan dan dipandang serong oleh semua orang hanya kerana satu fitnah yang telah direka-reka dan disebarkan oleh insan yang tidak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, dia tetap tersenyum. Senyum bagi menutup segala kesedihan, senyum bagi menggembirakan hati orang lain.
Dialah, Taufan.
Seorang yang sangat tabah. Seorang yang sangat cekal.
Dia sering dibuli dan dihina oleh rakan-rakannya yang lain. Apa yang dia balas?
Taufan hanya tersenyum. Walaupun sering disakiti, dia tidak akan pernah menyimpan dendam. Itulah yang sering dipesan oleh datuknya.
Hinggalah suatu masa, satu peristiwa telah berlaku. Peristiwa yang mengubah segala-galanya. Peristiwa yang telah memahitkan segalanya.
"Tok... Kenapa tok pergi terlalu awal...?" -Taufan
Hidup Taufan terasa kosong. Orang yang menyayanginya selama ini... Orang yang sering menjadi sumber kekuatannya selama ini...
Telah pergi buat selamanya.
Dia kemurungan. Segala senyuman yang sering dipamerkan, kini sudah hilang diganti tangisan.
"Bosan ah hidup aku ni," -Taufan
Semasa sedang bersendirian, enam orang lelaki menegurnya.
"Hai! Kau murid baru ke?" -???
"Nama kau siapa?" -???
"I am the swaggest student," -???
"Ceh, perasan," -???
"Kau ni awesomelah! Nak join kumpulan kami, tak?" -???
"Thorn gembira dapat jumpa Taufan!" -Thorn
Kehadiran keenam-enam lelaki itu sedikit-sebanyak telah menceriakan semula hidup Taufan. Namun, kebahagiaannya itu tidak lama...
"Taufan, kami minta maaf... Kami berenam dah terpilih untuk jadi pelajar tukaran. Kau jangan sedih ye?" -???
"Kenapa? Kenapa setiap kali aku nak bahagia, mesti ada yang halang aku?!" -Taufan
"Sabar Taufan...," -???
"Don't cry, Taufan. Jauh macam mana pun kita, kitorang janji akan sentiasa ingat kau.."