"Kerana ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama."
MENOLAK luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gula.
"I'm worried my stern face will hurt them even more," - HUZAIR
Serius, Falisha rasa digeletek dengan kepolosan Huzair. Sebelum ini jalan hidup mereka tak pernah sehaluan tapi sekali bertemu, banyak kali pula kebetulan mempertemukan mereka. Setelah hubungan Falisha dan Huzair menjadi lebih rapat dan mesra, kemunculan Dianne menjadi punca keretakan.
"Kalau kau ada masalah dengan Dianne... Jangan lepaskan pada aku," - FALISHA
Falisha bengang dengan perubahan sikap Huzair tapi dalam masa yang sama, dia juga sedar sesuatu.
"Aku rasa aku suka kau," - FALISHA
Jika kebiasaannya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku? Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada untuk mendekati Falisha. Dilayan acuh tak acuh pun, Huzair tidak berundur hatta setapak.
"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi," - HUZAIR
Itu pinta Huzair kerana dia sedar ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama. Tetapi dapatkah Falisha buka pintu hatinya dan berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?
--
PRINT-ON-DEMAND, Oktober 2020
Bila mulut gagal mengatakan
namun mata membicarakan segalanya
-
Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja.
"Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf."
"Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni."
Akan hadirkah bahagia buat kami berdua?
"Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?"
"Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya."
Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?