Dek kerana perjodohan dari keluarga mereka, akhirnya Rumi dan Jawi pun akur untuk di satukan menjadi sepasang suami isteri. Rumi dan Jawi bernikah tanpa rasa cinta, hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak supaya tidak menjadi anak derhaka kepada kedua orang tua mereka. Rumahtangga mereka telah di uji dengan banyak dugaan yang datang, Rumi yang digoda oleh tiga wanita ajnabi iaitu Maya yang sekian lama masih menaruh harapan kepadanya. Manakala, Kheisa yang kini telah menjadi isteri kepada Khalif masih lagi memendam cinta yang tersisa kerana masih tidak mampu memadam api cintanya terhadap rumi. Tidak terlepas jugak, dengan kehadiran kawan baik Jawi iaitu Elly yang sebenarnya telah sekian lama telah menaruh hati sejak kali pertama Elly setelah berjumpa dengan Rumi di New York semasa Rumi menjalankan dakwahnya disana. Jawi pula di uji dengan kehadiran bekas kekasihnya, merangkap cinta pertamanya yang bernama Afiq semasa mereka masih belajar di kota New York ketika dahulu. Afiq yang masih menagih cintanya kepada Jawi tidak berputus asa untuk menambat semula hati Jawi kembali. Manakala Mario, kekasih upahan Jawi ketika dahulu sebelum dia berkahwin dengan Rumi, semata-mata untuk menggagalkan rancangan kedua orang tua mereka untuk menjodohkannya dengan Rumi kini kembali untuk menagih semula janji palsu yang di anggap Mario adalah benar. Bagaimanakah antara hubungan Rumi dan Jawi? Akankah terbit bibit-bibit cinta antara mereka? Dapatkah Rumi dan Jawi menepis dugaan yang datang dalam rumahtangga mereka? Apakah kesudahan hubungan antara Rumi dan Jawi? P/S : Nantikan yea😉All Rights Reserved
1 part