Kamu... Angan yang menjadi nyata

Kamu... Angan yang menjadi nyata

  • WpView
    LETTURE 2
  • WpVote
    Voti 1
  • WpPart
    Parti 1
WpMetadataReadIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione dom, lug 26, 2020
Seseorang yang hadirnya secara tiba-tiba. Masa yang mempertemukan di ketika itu, dan masa jualah yang memisahkan dua hati itu untuk seketika. Rawan hati tatkala perpisahan terjadi membuatkan pertemuan kedua kembali bermakna. Kamu- adalah seorang lelaki yang kaya dengan kasih sayang dan cinta. Dia mewujudkan sisi bahagia yang mudah tanpa syarat. Cinta tanpa syarat adalah cinta yang berjaya jika dua hati saling seiring menuju destinasi yang sama. Komitmen dalam percintaan saling bertaut. Dia tidak statik menerima cinta, tetapi sering berusaha memberi yang terbaik. Tahun berganti tahun, masa terus berlalu. Sepantas masa berjalan, semakin mekar kasih yang dia hulurkan. Segala angan dan impian di kala usia remaja dahulu kembali terlayar di benak fikiran, dia merealisasikan segala angan yang pernah diimpikan dahulu. Untuk memiliki seseorang yang memahami gejolak jiwa di saat bicara tidak mampu menzahirkan isi hati yang berkeceramuk dek amukan emosi. Dia, sentiasa berusaha memahami, dan tidak pernah memaksa untuk difahami. Dia sentiasa menelan segala kesalahan, walaupun setiap perselisihan itu berpunca dari kedua belah pihak. Dia adalah bahagia yang sering didambakan, dan dia impian yang menjadi pembakar semangat.
Tutti i diritti riservati
#172
luahan
WpChevronRight
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Kerana Cinta
  • DIA JODOHKU
  • Ku Milikmu
  • Wali Keramatku [COMPLETE]
  • Di Antara Kita
  • Mencintaimu Hanya Seketika (COMPLETE)
  • Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira
  • Sungguh Ku milikmu, Kau milikku...

Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti