![Story cover for Triton & Kerajaan Sihir [REMAKE] by Nuramira000](https://img.wattpad.com/cover/234756404-256-k235244.jpg)
Hymn City adalah sebuah kerajaan ahli sihir yang penuh dengan manusia yang menggunakan magik seperti satu lumrah dalam kehidupan seharian mereka. Seperti di kerajaan manusia biasa, Hymn City mempunyai barisan Menteri di mana mereka bertanggungjawab dalam semua urusan pentadbiran dalam dan luar kerajaan. Ada juga menteri yang dipertanggung jawabkan menguruskan jabatan masing-masing dan yang paling penting diantara mereka adalah Menteri Pendidikan yang diuruskan oleh seorang ahli sihir yang dikenali ramai sebagai 'Hero of Hymn', Dr. Anrich Wilson. Seluruh warganegara Hymn City tahu akan namanya kerana dialah yang melindungi Hymn City daripada serangan musuh kerajaan itu pada berpuluh tahun yang lalu. Dr. Anrich kini menjadi pengetua di sebuah sekolah magis berprestij tinggi yang didirikannya sendiri iaitu Anthem. Ramai anak muda penyihir yang berpotensi dan berbakat diundang ke Anthem dan diantara mereka adalah seorang budak lelaki bernama Triton.All Rights Reserved
1 part