TUAN QAED IBRAHIM | MAWAR NARESSA
Jika mentari itu menghangatkan, titisan hujan itu pasti mendinginkan.
Seperti itulah kehidupan. Bukan bahagia semata-mata yang datang menerpa. Keperitan itu, mengajar diri supaya tenang dan kekal kuat.
Sampai bila?
Entahlah, dia tiada jawapan untuk itu.
Mawar Naressa. Hidupnya hanya ditemani dengan mendung dan hujan semata. Adanya pelangi, sekejap cuma. Jadi, sampai bilakah dia akan terus tenggelam dalam keperitan hidup ini?
Qaed.
Zahirnya, sempurna. Batinnya menjerit kuat mahukan kebebasan.
Disebabkan tindakan manusia yang tidak berhati perut, kebebasannya direnggut pergi begitu sahaja.
Dua jiwa yang dahagakan kebahagian, mampukah mewarnai kanvas kehidupan mereka dengan keindahan warna pelangi?
Tiada siapa tahu. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.
[SPORT ROMANCE 1]
"What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI
Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri.
Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen.
"Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI
"Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA
Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak.
"Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA
Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta.
Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan?
"Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI
START : 1 March 2025
END : 13 April 2025