Ideal Boyfriendku !

Ideal Boyfriendku !

  • WpView
    Reads 17
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jul 31, 2020
WpInfo
Fiction
Romance
Hana Lavender merupakan pelajar tingkatan 4 dan juga merupakan seorang pelajar biasa yang sama seperti pelajar yang lain. Walaubagaimanapun, ramai orang yang tidak tahu selain daripada kawan baiknya, Midori dan juga keluarga Hana sendiri yang sebenarnya Hana sangat meminati dan cukup taksub dengan karakter animasi jepun atau dikenali sebagai anime, iaitu Ichinose Kai. Suatu pagi, sebelum waktu perhimpunan bermula, Hana ditugaskan untuk membersihkan kelas bersama 3 rakannya yang lain. Selesai sahaja membersihkan kelas dan ketika hendak menuju ke tapak perhimpunan, Hana menyedari bahawa dompet miliknya tercicir dari poket samping bajunya. Hana dengan tergesa-gesa meninggalkan rakan sekelasnya dan mematah balik ke kelas untuk mencari dompetnya. Secara tiba-tiba di berhampiran simpang kanan, Hana dengan tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki dan menyebabkan mereka berdua jatuh tertiarap. Alamak, baju ni macam pengawaslah, habislah ... bisik Hana. "Saya minta maaf, saya tak senga-" "Kau dah kenapa berlari macam kena kejar hantu pagi-pagi buta ?" potong lelaki itu, belum sempat Hana menghabiskan ayatnya untuk meminta maaf. "Maaf, dompet saya tercicir, sebab itu saya tergesa-" belum sempat Hana menghabiskan katanya lagi, Hana menoleh ke arah muka lelaki itu. "KAIIIIII !" jerit Hana, dengan tergamam melihatnya, ternyata raut rupa muka lelaki itu sangat iras dengan karakter animasi kegemaraan dia. "Eh, bising lah. Minta maaf pun tak ikhlas, ni dah kenapa pula menjerit macam kena rasuk ? Mana kau tahu nama aku ni Kai ? Kau ni pengintip ke ?" kata Kai dengan nada tidak berpuas hati. Hana masih tergamam dan kebingungan seperti anak patung. Eh ? Kai ? Nama dia Kai ? "Wei kau dengar ke tak ? Ke kau ni dah pekak tiba-tiba ? Pelik lah kau ni." ujar Kai sambil memegang kedua bahu Hana, lalu mengoyang tubuh Hana agar Hana tersedar dengan dunia realitinya. Kejap, inilah peluang saya, peluang keemasan ni ! bisik Hana di dalam hati. "Kai, sila jadi boyfriend saya !"
All Rights Reserved
#9
schoolromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • ID untuk Hawa [Editing in Progress] [C]✅
  • ANTARA KITA
  • NEW VERSION : My Prob Headprefect
  • THE ONE [C]
  • [Completed] Oit! Kahwin Dengan Aku Jom...?
  • Abang Guitarist [Completed]
  • All About Us "
  • Stalker Si Abang Pengawas
  • 𝐃𝐇𝐈𝐀𝐀𝐅𝐑𝐘: FLAT QUARREL 𝐈𝐈 • 𝐎𝐆 •
  • Because She's Pretty

Lain yang diminta, lain yang dia dapat. Itulah situasi Hawa apabila dia memohon jawatan sebagai eksekutif tetapi hanya akan diterima jika dia sanggup menjadi pembantu peribadi Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO terlebih dahulu. Tidak mahu pulang ke kampung, Hawa bersetuju memandangkan tempoh menjadi pembantu peribadi hanya dua bulan. "Ada ke patut dia panggil aku kentang?" - Hawa Pertemuan pertama dengan CEO sahaja sudah berjaya buat darah Hawa mendidih. Panggilan kentang itu benar-benar buat Hawa menyirap. Lain pula bagi Irfan Danial, Hawa adalah tempat dia melepaskan tekanannya apabila dia dipaksa pulang ke tanah air sekaligus meninggalkan kerjayanya sebagai juruterbang. "Mulut kau ni memang suka menjawab?" - Irfan Hawa pantang bila Irfan memberikan arahan yang bukan-bukan. Dia bukan budak kecil yang boleh dibuli. Lidah sering berbalah tetapi hati sudah berpaut. Irfan Danial tidak dapat menafikan yang telatah Hawa sudah mencuri hatinya. Tetapi mampukah Irfan menambat hati Hawa apabila ujian demi ujian hadir? Tidak cukup dengan kedua-dua abang Hawa yang terlalu protective, muncul lagi masalah lain yang menyebabkan Hawa makin menjauh. Hawa yang sering melarikan diri, Irfan yang setia mengejar. Benarkah ujian menguatkan hubungan atau hanya melelahkan mereka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines