Ini buku romance pertama saya. Jadinya, kisah cinta biasa-biasa je. Simple. Tak berat. Klise. _______________________🌸________________________ Perlanggaran tidak kenyal di antara Elinda dan Adam membawa kepada terjalinnya sebuah perjanjian yang akhirnya bertukar kepada persahabatan. ~Kata Adam kepada Elinda~ "Tak apa kau gunalah dulu." "Tapi takkan aku nak pinjam free je?" "Siapa kata free." "Huh?" Persahabatan yang terjalin diragui dan ditentang oleh pelbagai pihak. ~Kata Syuhada pada Elinda~ "Kau kata sebelum ini kau tak pernah kenal pun siapa dia. Tapi, rupanya dia adalah Adam Hariz, manusia yang paling terkenal di universiti ini. Ingat ini kisah dongeng?" -Syuhada- "Mana aku tahu kenapa dia beria sangat tolong aku ni. Lagipun kan aku kata, sejak dari hari tu yang kita orang berkawan" -Elinda- "Ceritalah pada sesiapa pun Eli, mereka akan rasa ada sesuatu yang fishy kat sini, hanyir."- Syuhada- Kedua belah pihak tidak mahu meluahkan kata-kata berharga yang hanya mereka sahaja tahu, dengan alasan 'Prioriti Hidup'. Tetapi, apabila saat diri mulai meluahkan dan menerima antara satu sama lain. Ada sahaja yang ingin menghancurkan. Cinta, dengki, fitnah dan perpisahan.. Nantikan _________________________🌸__________________________ 🌻Akaasol: saya terima seandainya ada kritikan membina untuk memperbaiki penulisan saya (walaupun pedih). Jangan segan silu untuk komen dan kritik. ❌No plagiat ✔️Read ✔️Comment ✔️Vote [MULA:17.7.2020]