81 parts Complete [COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian orang tuanya, hidupnya semakin kucar-kacir.
Dipaksa untuk masuk ke Rumah Jagaan Bakti tanpa kerelaannya sendiri. Dan akhirnya, Razia harus akur berpisah dengan kedua adiknya yang lain.
Beberapa tahun tinggal di Rumah Jagaan Bakti, buatkan Razia rasa dia sudah berjumpa dengan cahaya kebahagian. Namun seperti biasa hidupnya tidak selalunya indah. Pemergian Mariam dari Rumah Jagaan Bakti buatkan hidup Razia sekali lagi seakan terhenti.
"Kenapa keluarga abang nak ambil Mariam dari kami?" - NOOR RAZIASYAH
"Abang janji abang akan tolong Razia berjumpa dengan Mariam semula." - HARITH FIRMANSHAH
"Razia pegang kata-kata abang, janji adalah hutang, dan hutang harus dibayar..." - NOOR RAZIASYAH
Empat tahun sudah berlalu, janji yang ditinggalkan seseorang masih tidak dikotakan. Disitulah Razia mula rasakan yang janji itu tidak semestinya ditepati. Atau lebih tepat, janji itu hanyalah sebagai penyedap hati. Namun sangkaannya melesat jauh tatkala, suatu hari, Harith mula kembali muncul dihadapannya setelah empat tahun.
"Abang datang nak kotakan janji yang abang dah tinggalkan pada Razia empat tahun dahulu." - HARITH FIRMANSHAH
Setelah berjumpa dengan Harith, hidup Razia berubah 180 darjah. Semuanya lancar dan lurus. Hidupnya sudah mula ceria berbanding empat tahun lalu. Namun, tatkala kebahagian sudah terbina tinggi, akhirnya goyah juga.
"Kenapa kau buat aku macam ni Harith? Aku dah letak sepenuh kepercayaan aku pada kau!" - NOOR RAZIASYAH
" I don't find myself explaining what my point is, because it always ends up like nothing." - HARITH FIRMANSHAH
Mampukah mereka mempertahankan hubungan atau adakah penceraian adalah jawapannya?