malay fanfiction, Semuanya menjadi kelam kabut apabila ibu kepada Hyunjin, Puan Hwang berkenan untuk menjadikan Yubin sebagai menantunya tak kira apa pun yang terjadi. Puan Hwang sanggup merendahkan martabatnya sebagai isteri kepada billionaire yg terkenal dan dihormati ramai di Korea Selatan dan merayu supaya Yubin menerima lamarannya. Sebagai seorang gadis yang baik dan berhati perut, Yubin tidak sanggup melihat orang yang lebih tua darinya merayu dan melutut di kakinya semata untuk merayu supaya dia menerima lamaran tersebut. Yubin hanya mengatakan bahawa dia akan berfikir dulu walaupun sebelum ini dia sudah berkali kali menolak lamaran tersebut. Atas pujukan ibu dan bapanya, akhirnya Yubin menerima lamaran Puan Hwang walaupun hatinya berat untuk berbuat demikian. Bermula lah episod di mana hidupnya diperlakukan seperti wujud tidak wujud di mata suaminya, Hyunjin. Yubin dilayan seperti seorang gadis yang tiada hati dan perasaan. Jiwanya diseksa dan dipermainkan sekejam kejamnya oleh Hyunjin. Walau baik mana pun layanan Yubin terhadap Hyunjin, persepsi Hyunjin terhadap Yubin tetap sama, seorang perempuan murahan yang gila kan harta dan wang. Manakala disudut hati Yubin, dia ikhlas menyayangi dan mencintai Hyunjin bukan kerana harta. Setelah beberapa bulan berkahwin, kehadiran Ahn Mina iaitu teman wanita Hyunjin memburukkan lagi keadaan. Hyunjin nekad mengahwini Mina walaupun sudah dihalang oleh ibu bapanya. Yubin hanya menuruti segala yang diinginkan oleh Hyunjin kerana dia tahu bahawa Hyunjin menyayangi Mina dan dia hanyalah seorang perampas yang merampas Hyunjin daripada Mina. Selepas selesainya majlis perkahwinan rahsia Hyunjin dan Mina, Yubin bagaikan diikat tak bertali. Dia diabaikan dan ditinggalkan sebegitu sahaja. Apakah kesudahan rumah tangga Yubin dan Hyunjin? Baca sampai habis okayy. btw this is my first story, sorry kalau tak best