"Sedar sikit diri kau tu tak setaraf dengan aku!" luluh hati Zirah bila diherdik orang yang disangka penyayang dan baik. Apa salah aku? Tak layakkah aku untuk merasai salah satu nikmat dari tuhan. Begitu hina diriku, ya? Otaknya ligat berpusing memikirkan kata-kata yang pernah diterimanya. Hidupnya sebagai seorang yang ceria terus mati akibat perkara yang tak pernah dia terfikir akan terjadi. Kehadiran Azzad, telah memberi semangat baru buat Zirah. Lelaki berkulit sawo matang yang telah mencuri anak mata Zirah dan hatinya dengan penampilan yang ditonjolkan. Zirah memendam rasa yakin bahawa satu hari nanti dia boleh mendekati lelaki itu, malang sering berlaku keatas dirinya setiap kali mengejar jasad manusia yang berjantina lelaki. Hatinya sering remuk dengan sikap lelaki terhadap dirinya. Meninggalkan hati yang kecewa dengan melanjutkan pelajaran di negeri Pantai Timur, dia yakin semangatnya akan pulih bila sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar. Impian dan cita-cita itu musnah kerana dirinya dihina sekali lagi oleh sahabatnya sendiri. kini dia nekad, untuk membawa diri supaya dia mampu menjadi seorang yang berkeyakinan dan berjaya diatas segala keperitan hidupnya. Mampukah Zirah bahagia? Dirinya sering mendapat cemuhan dan tomahan daripada orang sekelilingnya. Tuhan dengarkah doanya? Makbulkah apa yang dia pinta? Keyakinan yang tinggi terhadap Maha Esa, membuatkan Zirah terus berdiri walaupun sering dijatuhkan. Ikuti kisah Zirah, dalam "Mianhae, Tersuka Tanpa Sengaja" -Anna Adriana,2020-