Berkhidmat selama 6 tahun di sebuah syarikat perhotelan yang dikendalikan oleh seorang usahawan muda Tengku Naufal membuatkan Nur Hana mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan ingin melanjutkan pelajaran serta ingin mencari pengalaman baharu. Namun bagi Tengku Naufal dia tidak ingin melepaskan pekerja cemerlang serta berdedikasi seperti Nur Hana. Pelbagai cara yang dilakukan demi membuatkan Nur Hana terus berkhidmat kepadanya. Tindakan Tengku Naufal membuatkan Nur Hana berbelah bahagi dengan keputusan. Antara impian atau kerja, Nur Hana tidak dapat membuat keputusan. Adakah Nur Hana akan terus kekal atau pergi?