Raja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang-kadang suka buli dia.
"Meen benci Abang Aisar!"- Ameena.
"Jangan benci sangat. Nanti sayang sangat pulak." - Aisar.
Masalahnya, kata-kata Aisar itu betul. Memang Ameena dah sangat sayang! Tapi Ameena sedar, sampai bila-bila pun Aisar hanya pandang dia sebagai seorang budak kecil berpangkat adik saja. Mahu menakluki sekeping hati milik lelaki itu, mimpi saja lah!
Satu insiden, membuatkan separuh nyawa Ameena hilang. Dia rasakan di dunia ini dia sudah tidak punya sesiapa. Dia, si yatim piatu dalam sekelip mata.
"Ayah nak kita kahwin." - Aisar.
Di saat hatinya masih mendung, Aisar muncul dengan satu kejutan. Encik Azril mahu dia dan Aisar berkahwin? Atas dasar apa, Ameena sendiri tak pasti. Kerana dia merupakan yatim piatu dan hanya tinggal sebatang kara? Ameena tak tahu adakah permintaan Encik Azril seperti bulan jatuh ke riba. Macam tahu-tahu saja dia memang sukakan Aisar!
"Abang dah anggap Meen macam adik abang sendiri. Dan untuk anggap Meen sebagai isteri, abang rasa tak mampu. Meen adik abang." - Aisar.
Dan dia, harus selama-lamanya sedar. Walaupun akad menyatukan mereka, dia tetap seorang adik di mata Aisar Haddad.
"Abang, boleh tak untuk tempoh dua puluh empat jam ni, abang pandang Meen sebagai seorang isteri? Bukan sebagai seorang adik?" - Ameena.
"Abang nak kahwin dengan Lisa." - Aisar.
"Ceraikan Meen depan I," - Lisa.
Ameena terlepas dari sangkar Aisar. Dia bawa diri jauh. Andainya satu hari nanti akan ada lagi pertemuan dengan Aisar, Ameena tidak tahu masih ada atau tidak perasaan cinta buat lelaki itu. Aisar, dia mungkin cuma kenangan. Aisar, dia tetap seorang abang.
"Meen dah tak cintakan abang. Hati Meen dah tak ada nama abang lagi." - Ameena.
[SLOW UPDATE]
Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️
"Stop staring at me. I'm not your property!" -Zuheyr Iman-
"Jadi apa kata awak jadi yang halal untuk saya?" -Afnan Hanan-
Kehadiran seorang gadis berani bernama Afnan Hanan berjaya mengucar-ngacirkan hidup seorang Zuheyr Iman. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci.
Betapa indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Seribu satu kesakitan tersorok di sebalik sepasang mata hitam pekat Zuheyr Iman.
Maka, tugas Afnan Hanan untuk menghapuskan bayang-bayang itu. Namun, dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah akibat dendam.
"Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan-
"Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman-
🚨WARNING🚨
TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD)
100% my idea
No plagiarism allowed, thank you.
Highest Rank
#1 Healing
#1 Romantic-thriller