Abang Superbike

Abang Superbike

  • WpView
    Reads 31,184
  • WpVote
    Votes 659
  • WpPart
    Parts 25
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Mar 28, 2023
Safina, gadis lincah yang sangat aktif. Bertubuh langsing, sedikit seksi. Wajahnya manis berlesum pipit. Senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Sentiasa happy go lucky. Sikapnya sangat bersahaja. Gaya ala boyish sering kali mengundang pandangan negetif mak cik-mak cik bawang. Walaupun masih muda namun dia berjaya mengusahakan perniagaan yang diminatinya. Restoran yang berkonsepkan garaj miliknya sering kali menjadi tumpuan penggemar motor berkuasa tinggi. Kedai dua tingkat itu telah diubah suai mengikut citarasanya. Belah bawah dijadikan restoran manakala belah atas dijadikan galeri menjual aksesori motor berkuasa tinggi. Sikapnya yang merendah diri langsung tidak menunjukkan dia adalah pemilik restoran itu. Apatah lagi apabila dia gemar menjadi pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan pelanggan. Ahmad Farid, jejaka maskulin yang menjadi kegilaan gadis-gadis. Siapa yang tidak terpikat apabila melihatnya. Senyumannya saja mampu membuatkan para gadis gila bayang. Bertubuh tinggi. Kulit yang sedikit cerah. Tubuh yang berotot. Pakej lengkap menjadi lelaki idaman para gadis. "Aku akan buat sampai kau jatuh cinta dengan aku." - Ahmad Farid. "Jangan sampai kau tersungkur. Kau tak kenal siapa aku." -Safina Start : 23 Disember 2020 End :
All Rights Reserved
#22
bestfriendforever
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
  • Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
  • Han's Baby [ COMPLETE ]
  • ADRIAN - Erina :Man his Husband ( Slow Update)
  • SETINGGI EGOMU
  • Kahwin dengan dia?
  • STARBOY : Levent Neslisah
  • TAKDIR KITA[C]
  • Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓
  • Jodoh Ke Bodoh?
  • Wedding Suit Khas Untuk Dia
  • QALBI [OG]
  • HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
  • I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️
  • Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)
  • Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]
  • Kekasih Hatiku ENCIK BOSS
  • RATU PEMANGSA

"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣

More details
WpActionLinkContent Guidelines