41 bab Lengkap Persahabatan di antara lima orang kawan yang sejak di bangku sekolah menengah sehingga mereka menjejakkan kaki di alam universiti. Banyak perkara yang telah berlaku di antara mereka terutamanya perasaan suka di antara Syafiq , Sarah dan Adam. Adakah seseorang perlu berkorban untuk mempertahankan persahabatan mereka?
"Mungkin abang terpaksa pendam perasaan abang daripada bagitahu kepada Sarah. Tapi takpe, asalkan Sarah gembira, hati abang dah senang."
-Syafiq
***
Namun, segala perkara berubah apabila Sarah terpaksa melaksanakan hasratnya untuk menyambung pengajian ke luar negara dan mengambil keputusan untuk berjauhan bersama-sama dengan sahabatnya.
"Hmm... faham-faham... takpe, kalau kau tak dapat pergi, aku janji yang aku akan tolong pergi untuk kau!"
-Sarah
***
Lalu dia berjumpa dengan orang baru ketika belajar di sana. Adakah kisah percintaan di antara Sarah dan Adam akan berkekalan hingga ke akhirnya dengan adanya kehadiran orang baru?
"Tapi nasihat aku, better kau move on je lah dam. Sarah pun dia ada kehidupan dia sendiri dekat sana. Bunga bukan sekuntum dam..."
-Absyar
" Sebab Tuhan masih berikan rasa suka aku kepada dia jadinya aku akan tetap tunggu dia sampai kehujung hayat aku sekali pun"
-Adam