'Kalau dah namanya jodoh, lari sejauh manapun, jika telah tertulis di Luh Mahfuz si dia jodoh kita, maka akan bersatu jua'. Begitulah kisah cinta Aman dan Nazeerah. Mereka pernah terpisah bertahun lamanya namun akhirnya bertemu kembali. Aman rupanya masih menanti Nazeerah, dan Nazeerah juga menanti Aman. Dek kerana jodoh mereka kuat, mereka bersatu, dengan izin Allah. #AmaNazeerah 💘