Preorder
BLURB: Hey My Husband! ( Mia Azwari )
'Perampas'...
Perkataan yang paling dibenci dalam hidup Adiba Riana. Disebabkan kisah silam keluarganya, dia sering dikaitkan dengan perkataan itu. Bukan mudah dibesarkan oleh keluarga yang pernah mempunyai sejarah hitam atas perbuatan arwah ibunya.
Dalam diam, Adiba menaruh perasaan terhadap abang tirinya, Naim Aswad. Puas dia cuba mengambil hati, tetapi lelaki itu semakin membencinya.
"Suatu hari nanti Abang Im akan jadi husband Diba juga." - Adiba
"In your dreams." - Naim
Bagi Naim, Adiba perlu dijauhkan. Untuk menjaga perasaan orang yang disayangi, akhirnya dia bersetuju untuk bertunang. Bertahun Adiba membawa diri untuk belajar melupakan Naim, namun semuanya berubah selepas mereka bertemu kembali. Kali ini dia pula yang dikejar.
Disebabkan satu salah faham, mereka berkahwin. Adiba semakin bingung. Naim sudah bertunang, tetapi kenapa lelaki itu masih ingin berkahwin dengannya?
"Siapa cakap abang tak ikhlas sayangkan Diba?" - Naim
"Abang dah lupa agaknya. Nak Diba ingatkan abang? Abang sendiri pernah cakap yang abang tak pernah anggap Diba sebagai adik, apatah lagi sebahagian daripada keluarga abang." - Adiba
Puas dia mengelak, tetapi gelaran perampas tetap terpalit dalam dirinya. Akhirnya Adiba tewas dengan perasaan sendiri. Kasih sayang yang diberikan oleh Naim tidak mampu ditolak. Malah, Adiba mahu lelaki itu terus berada di sisinya.
Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila perkahwinan rahsia mereka terbongkar. Puan Shira mendesak Naim untuk berkahwin dengan Marsya dan Marsya turut mendesak Naim meneruskan rancangan mereka. Adiba tidak sanggup diduakan, tapi jika itu jalan penyelesaian terbaik, Adiba reda. Adakah kisah gelap keluarga mereka bakal berulang lagi?
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi