15 parts Ongoing Aafiya - gadis enam belas tahun yang membesar dalam rumah penuh rahsia dan luka yang tak pernah sembuh. Ayahnya, Osman, bapa yang sepatutnya jadi pelindung, berubah jadi punca ketakutan. Hanim, ibunya, cuba menutup retak di hati anaknya dengan kasih sayang yang tak pernah cukup untuk menampal parut lama.
Di sekolah, Aafiya sembunyikan segalanya di balik senyum dan tawa bersama Amelia, sahabat yang setia. Tapi kehadiran Wafiq Naufal - pengawas sekolah yang terlalu tenang, terlalu prihatin - mula mengubah segalanya. Antara luka lama, rasa takut yang tak pernah hilang, dan kasih yang tak pernah diminta... Aafiya mula belajar tentang kekuatan, kehilangan, dan erti disayangi tanpa syarat.
Kerana sesekali, orang yang paling hancur... adalah orang yang paling pandai tersenyum.