4 Partes Continúa HIATUS ‼️‼️
Our : S2
Tengku Liyyan × Syafeena
Satu tragedi mendorong Syafeena untuk keluar dari rumah keluarganya dengan tekad yang kuat. Dirasakan dirinya sudah tak mampu berdiri di atas segala perancangan yang diaturkan oleh keluarganya buat mamanya. Dia, kecewa.
Tengku Liyyan dengan tidak sengaja menolong Syafeena akibat rasa prihatin yang menggunung terhadap Syafeena yang kelihatan lemah tak bermaya.
Malas mahu pulang ke rumah, Syafeena pilih untuk bekerja di rumah keluarga milik Tengku Liyyan sebagai pembantu rumah. Dia fikir hidupnya bakal tenang jika berjauhan dengan keluarganya, namun sangkaannya meleset jauh saat ada satu entiti yang tak sudah-sudah menganggu ketenteramannya lama-kelamaan.
"Kenapa kau lari, sayang?"
Sekelip mata, hidup Syafeena berubah drastik. Ada 'sesuatu' yang sedang memerhatikannya!
"Biar saya tolong awak." -Tengku Liyyan
"Tak perlu, Tengku. Saya tak nak jadi apa-apa pada Tengku disebabkan saya." -Syafeena
Semakin lama, semakin dia rasakan hidupnya seakan telur di hujung tanduk. Gawat!
"Kahwin dengan saya, Syafeena." -Tengku Liyyan
"Hah?" -Syafeena
.
.
.
"I feel like wanna give up on this. But we can't. We need to solve this together. The reason? Because this love is as in as OUR ENIGMA."