Adwa Mawaddah nama seorang gadis yang menjadi watak utama dalam cerita ini. Kisah dalam coretan ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada gadis kacukan filipina yang telah melalui banyak dugaan hidup yang membentuk dirinya. Menjadi seorang yang sosial , alim mahupun sederhana semuanya telah dia rasa. Setiap perwatakannya berubah mengikut orang yang dikenalinya sehingga banyak perkara yang telah dia cuba dan rasa. Kisah cintanya yang banyak mengajar perihal duniawi dan ada juga yang ukhrawi. Kisah seorang adwa yang keliru dengan personaliti yang akan dibawa pada masa hadapan. Ke manakah hala tuju Adwa Mawaddah ? Menjadi muslimah atau sebaliknya? Siapakah lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya ? Apa yang pernah dia lalui? Ini adalah kisah benar dan jujur dari dirinya iaitu aku, Adwa Mawaddah penulis cerita ini.