Maya sendiri di tengah Jantung Rimba. Cafe ini merantai kedua-dua kakinya, mengunci jiwanya dan mengurung dendamnya. Setiap hari yang berlalu, hanya satu pelanggan yang dia nanti untuk menyembuhkan jiwa. tanpa Maya sedar, semakin hari jiwa dan tubuhnya sedikit demi sedikit menjadi santapan Sang Serigala yang dahagakan secebis kasih. Noah bernekad menjejak keberadaan ibu kandungnya setelah sekian lama. Pencariannya, membawa Noah pada satu Cafe tunggal di tengah-tengah rimba. Jiwa yang setelah sekian lama terluka, telah jumpa tempat untuk ia berehat. Noah hanya mahu lari dari mimpi ngeri dan serigala yang mengejarnya hampir setiap malam dalam lena. Amaya's sebuah cafe yang hidup untuk mengubat setiap luka di jiwa. luka-luka setiap pelanggan yang hadir memberi nyawa pada cafe itu. Bagaimanapun, masih ada pelangan yang tidak mampu pergi kerana luka yang mendalam. Menjadikan cafe itu, sentiasa dihurung duka.