"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya."
"Got to go. Nice to meet you."
"Nama kamu siapa?"
"KG."
Pada suatu malam, mereka dipertemukan. Daripada stranger, mula menjadi kawan. Hari demi hari, hubungan mereka semakin rapat. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. KG tiba-tiba buat keputusan untuk pergi.
"Yaya kata, kamu nak tinggalkan Malaysia. Betul ke?" - FATIEHA
"Lupakan aku. Anggap saja kita tidak pernah berjumpa, apatah lagi berkawan." - KG
Mudah lelaki itu menutur kata tanpa memikirkan perasaan Fatieha.
Setelah setahun di Korea, KG kembali ke Malaysia. Dan perkara pertama yang menjadi fokusnya adalah, bertemu semula dengan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya, iaitu Isma Fatieha. Namun, khabar yang baru dia terima tentang Fatieha membuat dia terkejut.
"Tieha macaam mana? Dia sihat?" - KG
"Tieha dah tak belajar. Tieha kena buang dari U. Dan sekarang saya tak tahu dia kat mana, keadaan dia dan sebagainya. Saya tak tahu apa-apa lagi tentang dia. Lepas dia kena buang, dia terus keluar dari rumah sewa Nadia. Dia hilang macam tu je. Saya dengan yang lain tak dapat jejak dia." - ARYA
KG berusaha mencari Fatieha. Ternyata takdir masih menyebelahi mereka. Dipertemukan semula. Dan kali ini, KG tak nak sia-siakan gadis itu.
"Kahwin dengan aku."
- KG
"Kahwin? Awak tinggalkan saya macam tu je, tiba-tiba muncul semula ajak kahwin? Gila!" - FATIEHA
Ditolak, tetapi ia tidak mematahkan semangat KG. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memburu semula cinta daripada Fatieha.
No matter what, I got you!
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .