TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔
  • Reads 42,329
  • Votes 2,497
  • Parts 15
  • Reads 42,329
  • Votes 2,497
  • Parts 15
Complete, First published Oct 11, 2020
Perigi mencari timba?

Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada  Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang sering membuat masalah di sekolah hanya untuk menghulurkan salam perkenalan buat si ketua pengawas garang, Faliq Ridhwan. 

"Hai Faliq! Tahniah dapat gelaran juara. Kau okay? Ada yang sakit tak? Kaki ke tangan ke kepala ke?" -Melati

"Ada. Sakit hati. Sakit hati tengok muka menyampah kau ni!"- Faliq

Sikap menjengkelkan Melati sering sahaja mencabar kesabaran Faliq. Puas dimarah, ditengking dan dipulau tapi si pemilik nama bunga Melati masih degil mahu berkawan dengannya.

Sehinggalah suatu hari perubahan mendadak Melati membuatkan Faliq merasakan kesunyian menjengah hidupnya. Tiada lagi tingkah ceria Melati yang menyebalkan. Di situlah Faliq mula menyedari bahawa dia terbawa dengan sebuah kenangan pahit yang membuatkan dia menolak salam perkenalan itu.

Apabila Faliq menyedari khilafnya, mereka mula berteman. Masing-masing saling menyalurkan semangat untuk mengejar cita-cita. Namun semuanya hanya seketika cuma apabila Melati tiba-tiba menghilang dan hanya meninggalkan sepucuk surat buat 'crushnya' itu. 

10 tahun Melati menghilang dan 10 tahun juga Faliq memendam perasaannya buat gadis aneh itu. Namun, ego dalam diri Faliq begitu tinggi. Setinggi Gunung Everest! Bila ditanya soal hati, sering kali dia menidakkan rasa kasih buat Melati.

Bila takdir mereka ditemukan semula...

"Mel... sepuluh tahun kau hilang macam angin. Sekarang kau nak bahas soal perasaan dekat aku?" 

"Faliq... kenapa kau tunggu aku kalau kau tak pernah balas cinta aku?"

Apakah yang akan berlaku bila ego si kumbang terlalu tinggi terhadap si bunga?
All Rights Reserved
Sign up to add TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔ to your library and receive updates
or
#5crush
Content Guidelines
You may also like
[C] | Sehangat Cinta Sejuknya Luka by Qstnaafrn
75 parts Complete
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bau feromon yang menggugah naluri dan emosi dalam diri keturunan yang mempunyai darah serigala jadian. Bau ini, yang pada mulanya hanya sekadar gangguan, akhirnya membawa Evelyn ke dalam kancah konflik yang tidak pernah dia bayangkan. "By the way, nice perfume you're wearing," - Evelyn Skye Zarra Ayesha dapat merasakan bahawa Evelyn mempunyai minat yang mendalam terhadap dirinya sejak wanita berkarisma ini menjejakkan kaki ke syarikat milik keluarga Skye. Apa yang dia tidak tahu adalah feromon yang melekat di badannya menjadikan Evelyn tidak mampu berdiam diri dan cuba menyiasat maklumat tentang Zarra dengan lebih mendalam. "Malik, have you ever feel embarrassed of yourself? Apa guna jadi suami tapi lembab sentiasa? Bengap kau ni letak kat tepi jalan pun tiada siapa nak kutip tau!" - Zarra Ayesha "Malik cuma tak nak kecewakan bonda. Malik sedih kalau bonda menangis. Kalau Malik ceraikan Zarra, perempuan mana lagi yang sanggup terima lelaki lembab seperti Malik?" Raja Malik Syahir; pemilik bau feromon yang berjaya menjadikan Evelyn tidak tentu arah. Seorang lelaki yang sifat fizikalnya normal namun kurang dari segi mental. Gangguan kognitif yang terjadi sejak dia kecil menjadikan dirinya dibenci oleh isterinya sendiri. Setiap masa didera dan diugut dalam rumah tangga. Caci dan makian menjadi makanan ruji setiap hari di rumah yang hanya mampu berdiam dan tidak berdaya melawan kerana akal yang tidak sihat. Aura Evelyn Skye tiada siapa mampu melawan. Orang sekeliling takut dan tunduk dengan perintahnya. Siapa yang berani pasti akan kecundang awal kerana mereka belum kenal lagi lapisan bawang paling dalam seorang Evelyn Skye. "Haah. Aku suka lelaki bodoh. Comel what?"
GADIS LAUTAN MADU (OG) by aunisabiha
70 parts Ongoing
"Tolong jadi isteri aku." Tanpa berfikir panjang, pernyataan berani mati itu terpacul dari seulas bibir Izyan Hazriq. Gadis yang baru ditemui ini secara tidak sedar telah mengetuk kamar hati. Sepanjang 27 tahun hidup, untuk pertama kali jantung Izyan Hazriq telah berdetak kencang melihat bidadari dunia ini. Dup! Dap! Dup! Dap! Bergetar hebat debar di dada acapkali mata bertentang. Mata bewarna kuning lembut serupa lautan madu tumpah itu, sentiasa menjadi igauan siang dan malam tanpa henti. Cantik nok! Dengan perangai tiga suku dan loyar buruk yang tidak bertempat, Izyan Hazriq masih cuba menempa nama di dalam hati gadis itu. Akan tetapi, dirinya ini langsung tidak dipandang mahupun diterima! Benda pun dah terlajak suka, kita enjoy jela. Dengan penuh semangat waja ibarat Romeo mengejar Juliet, Izyan Hazriq mencuba pelbagai cara untuk meleburkan sepasang hati keras milik gadis itu. Tapi keras bukan sebarang keras, mungkin hati gadis itu sudah bersalut konkrit kerana sedikit pun ia tidak pernah retak! I is sad. Nak tips mengorat anak dara orang please? :'( ----- "Hi, honey cornflakes."- Izyan Hazriq. "Pardon?" - Haniya Hanin. "My honey cornflakes." - Izyan Hazriq. "Pembetulan, I Hanin bukan Honey and please, im not yours."- Haniya Hanin. Hari berganti hari, misi memburu cinta gadis itu perlu dilaksana. Tidak mahu dirampas oleh sesiapa, maka dia harus membuka bunga silat untuk merebut cinta gadis itu juga! "Kenapa I?" - Haniya Hanin. "Sebab..." - Izyan Hazriq. "Sebab apa?" - Haniya Hanin. "Sebab aku suka mata kau. Macam lautan madu tumpah!" - Izyan Hazriq. "Dasar otak senget separuh." - Haniya Hanin. Otak senget separuh sebab lagi separuh dah menjadi milik gadis itu. Mana tidaknya, jika 24 jam hanya gadis lautan madu itu yang menjadi igauan. Hai, Gadis Lautan Madu aku dah jatuh cinta! DILARANG PLAGIAT!
C| Rayyan's Everything [OLD VER] by umyhaise
56 parts Complete
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi mendidik adik-adiknya bagi menggantikan tugas ibunya yang sudah meninggal dunia. Kehilangan si ibu membuatkan dia dipersalahkan oleh keluarganya hingga ada yang membenci. Bila sabarnya dicabar, Areena tetap berdiam dan menerima hingga lah suatu hari dia mula mengalah. Disebabkan itu, dia terfikir untuk keluar dari rumah si nenek dan menghantar adik-adik tinggal bersama ayah yang sudah lama tinggal jauh dari mereka. Tika keliru dengan keputusan sendiri, gadis muda yang dulunya bersifat baran itu melepaskan amarahnya sambil menangis di sebuah tempat. Tempat yang dia sudah yakin tiada sesiapa di situ. Kata-kata yang diterima dari seseorang yang tiba-tiba hadir tanpa diundang telah membuatkan gadis muda itu dapat menerima apa yang akan berlaku akan datang. Akhirnya, dia nekad. Berjauhan dengan yang tersayang, memang sakit. Namun, tidak sesakit bila melihat mereka mengetahui masalahnya. "Stay with me forever and I would make you the happiest woman." -Rayyan Iskandar "Awak yakin sangat ke dengan kata-kata awak tu?" -Humaira Areena Dua tahun. Hingga sekarang. Bohonglah jika gadis itu tak mahu tahu tentang gerangan yang telah menjadi temannya ketika dia menangis teruk dulu. "𝐼 ℎ𝑜𝑝𝑒 𝑤𝑒 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑚𝑒𝑒𝑡 𝑎𝑔𝑎𝑖𝑛..." 𝐫𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 #2 romance [140522] #1 life [070922] #1 lovestory [161022] Started: 15/03/22 End:17/09/22
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
52 parts Complete
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
You may also like
Slide 1 of 10
Teruntuk Cinta [C] cover
[C] | Sehangat Cinta Sejuknya Luka cover
GADIS LAUTAN MADU (OG) cover
RAINA RAFAEL❤✔ cover
Perempuan Tanpa Jiwa cover
C| Rayyan's Everything [OLD VER] cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
TENTANG KITA (BACAAN PERCUMA)  cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover
URUSAN HATI (new version) cover

Teruntuk Cinta [C]

23 parts Complete

Teruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang namanya cinta, kembalikanlah aku ke jalan yang Engkau reda. start : 24/08/22 end : 27/04/23 (finallyyy) @wpcrm