5 parts Ongoing [Spin-off of The Royal Asmaraloka]
❝Welcome, Princess Luna.❞
Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya bermula apabila dia dilamar oleh Ratu Bougary. Lamaran yang berasaskan ramalan Brigid, tukang ramal kerabat diraja.
❝Kau tak patut bermimpi terlalu tinggi. Kahwin dengan aku tak bermakna aku akan layan kau selayak isteri.❞
Berkahwin dengan seorang putera raja bukanlah seindah yang disangka. Saban hari mendengar tohmahan yang menghiris hati buatkan dia hampir mengalah. Tapi dia kuatkan hati, mencuba segalanya demi meraih cinta sang suami.
❝Aku minta maaf. Boleh kau bagi aku peluang?❞
Berjaya. Benar cakap bonda, tiada usaha yang akan mengkhianati hasilnya. Mereka menyulam kasih, memperbaiki hubungan yang sebelum ini retak.
❝I am not evil. Just hurt.❞
Oh, tapi siapa akan menyangka kalau Adrea Luna bukanlah dirinya yang sebenar dan perkahwinan ini bukanlah sekadar hasil ramalan Brigid?
❝Aku sangka aku suami yang kejam. Rupanya kau lebih keji.❞
Kerana dendam, dia sanggup bertindak sejauh ini. Demi membela nasib orang tersayang, dia teguh dengan jalan yang dipilih.
Siapa Adrea Luna sebenarnya? Apa kisah di sebalik dendamnya?
──────────
Please read The Royal Asmaraloka first to avoid any confusion.