Nur Hanna Malaika, seorang gadis yang berusia 25 tahun dan seorang model yang terkenal di Malaysia. Sikapnya yang ceria, periang dan sentiasa positif itu sangat disenangi orang ramai. Malah, kecantikannya juga mendapat pujian daripada semua orang. Akibat terlalu sibuk dengan kerjanya, Hanna tiada masa mahu mengenali orang ramai. Mungkin disebabkan itu juga Hanna masih belum mempunyai teman lelaki buat masa ini. Tuan Riaz Tufayl Dawson, seorang ahli perniagaan dan juga jutawan termuda di dunia yang baru sahaja berusia 28 tahun. Kejayaannya itu menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia. Sikap tegas dan profesional beliau dalam berurusan dengan kliennya membuatkan semua ahli perniagaan yang terkenal mahu bekerjasama dengannya. Beliau bukan sahaja mempunyai IQ yang tinggi malah mempunyai rupa yang sangat memukau mata sesiapa sahaja. Termasuklah Hanna Malaika yang jenis tidak mudah untuk jatuh cinta dengan lelaki. Hanna jatuh di dalam genggaman seorang lelaki yang baru dia kenali tidak sampai berapa bulan sahaja dengan mudah. Betapa kuatnya aura seorang Tuan Riaz Tufayl Dawson. Pada suatu hari, Hanna dapat tahu bahawa Tuan Riaz sudah lama mengenalinya tanpa pengetahuannya. Dia juga dapat tahu bahawa Tuan Riaz selalu melawat ahli keluarganya semasa dia sambung belajar di Perancis. Dan dia juga dapat tahu sesuatu yang sangat sukar untuk dijangka. Apakah ia? Bacalah hehe. ________________ Edit : - Published : - End : -