Loving you, Tuah ( Terbit )

Loving you, Tuah ( Terbit )

  • WpView
    Membaca 57,756
  • WpVote
    Vote 1,988
  • WpPart
    Bab 14
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Rab, Feb 19, 2025
Akan diterbitkan menjadi novel dibawah terbitan RC Publication pada Feb-March 2025. Follow ig/fb Syaz Sufiy & RC Publication untuk semua update. BLURB LOVING YOU, TUAH. Teruntuk harapan dan kenyataan yang seringkali tak menemukan titik temu, Medina Putri terpaksa akur apabila semua insan yang berada di sisinya seolah-olah tidak memberinya peluang untuk kembali. Ya, Medina Putri seorang penghidap penyakit Amnesia selama dua tahun. Namun, sedang diri masih bergelut untuk menerima sahaja diri sendiri yang sudah hilang selepas kemalangan itu, si dia tiba-tiba sahaja muncul. Kata orang pandangan pertama membawa bermacam jenis cerita. Cerita yang pastinya manis namun bukan cerita buat Medina Putri dan si dia, Azhan Tuah. "Lebih baik macam tu. Biar aku sorang aje yang suka kau." - Azhan Tuah "Kau pasti ke kita ni pernah berkawan?" - Medina Putri Bagi Azhan Tuah pula, kemalangan itu umpama titik permulaan semula hidupnya. Namun, mengenang semula bagaimana mereka terperangkap ke dalam cerita kelam begini hatinya menjadi rawan. Bagaimana kalau kisah yang diharapkan bak kisah dongeng yang indah oleh Medina Putri itu sebenarnya merupakan senjata yang membunuhnya dulu? Apakah Medina Putri masih akan melihat Azhan Tuah dengan rasa yang sama? "Kau jahat aku boleh terima, Tuah... tapi kau tipu aku macam ni, kenapa kau tak bunuh aje aku!" - Medina Putri "Aku tak tipu kau. Aku..." - Azhan Tuah. "Diam! Aku tak nak dengar dah! Korang memang tak guna!" - Medina Putri. Mampukah Azhan Tuah mempertahankan kisah mereka? Bagaimana pula dengan Medina Putri? Mampukah dia bertahan selepas satu per satu kisah tentang mereka terbongkar? "Mereka yang masih mampu berdiri setelah dihentam ombak badai, tidak akan terusik oleh gerimis. Itu, Azhan Tuah." "She's had her heartbroken, yet she's not afraid to love."
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#107
lost
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Terima Kasih Derita [TERBIT]
  • Inara Amanda | C
  • Tanganmu Aku Gapai
  • Bukan Sekadar Cinta
  • KIDULT [OG]
  • DIA YANG KU NANTI
  • AKAD YANG TERUJI
  • My Princess
  • Cinta Yang Menyakitkan [  Series Aazeen ] ✔️

BLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! "Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan "Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan