Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Ku Akad Kau Dengan Bismillah

  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Oct 21, 2020
WpInfo
Fiction
Romance
Novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah sudah diterbitkan. Saya tidak akan menyiarkan cerita ini sehingga tamat. Saya akan berhenti pada bab2 pertengahan. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini anda boleh membelinya secara online dengan penulis menerusi FB Wawa Akil dan Wawa Akil 2 atau WhatsApp di talian 0183986389 atau menerusi agent terpilih. Terima kasih atas sokongan anda semua. Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya. Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah. Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci. Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah. Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati. "Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang," - LUTH MIKAIL "Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu," - HANNAH Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
All Rights Reserved
#300
kisahcinta
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Untuk Dia Setiaku.
  • C H A MILI O N
  • Dahlia Mikail
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • Jika Dia Untukku [C]
  • Luth Mikhael { C } [ Ebook CS]
  • Tertulis Di Tangan Takdir
  • Sempurna Adanya Kamu
  • Mrs. Aidan: My Little Bride

Ummu Ruman, seorang gadis naif yang melalui ujian demi ujian perit dalam hidup. Hingga kemuncak ujiannya, membuatkan hidupnya benar-benar berubah hanya satu malam sahaja! Rayyan Mikael, lelaki yang datang pada waktu yang tepat untuk menjadi penyelamat. Takdir membuatkan mereka sayang tanpa sedar. Namun sekembalinya Tania, membuatkan Rayyan mudah sahaja membuang Ruman jauh dari hatinya. Sekali lagi Ruman disakiti. Rasyiqah yang annoying dengan Ruman yang disayangi ahli keluarganya, menyusun strategi untuk menyingkirkan Ruman dari keluarganya. Lalu, sengaja direka sebuah fitnah yang paling besar ke atas Ruman. Cinta Rayyan dan Ruman yang telah diikatkan dengan tali pertunangan terus putus dengan tragis. Ruman terus pergi tanpa berpaling lagi. Pedih dengan tuduhan melulu Rayyan. Dia merantau ke Utara tanah air tanpa mengetahui nasibnya yang lebih malang sedang menanti hingga membuatkan nafasnya hampir terhenti. Rayyan pula, akur dosanya pada Ruman, lalu dia nekad untuk jejaki semula gadisnya. Walau jauh mana kau pergi, aku akan cari. Biar sahaja, takdir yang temukan kita....

More details
WpActionLinkContent Guidelines