8 parts Ongoing •First story
•18+ [Aksi menembak dan mencarut]
•Banyak yang mengarut
•Kesalahan ejaan atau tatabahasa
_________________________________________
"Bangkit demi sebuah rahsia, berkorban demi sebuah tuntutan."
Selepas dipecat sebagai doktor bedah, Tengku Alisa membawa diri ke Semporna, Sabah dan dia mengetahui bahawa ayahnya iaitu Tengku Arif Kaif Ghazali merupakan pemilik bangunan kondominium impiannya. Namun untuk mendapatkan kondominium tersebut, dia harus memberi ayahnya menantu. Demi mencapai impiannya, Alisa melamar sahabat baiknya iaitu Dariel Francesco yang merupakan seorang detektif/DSP di Nero Investigazione, Itali.
Dariel yang telah lama menyimpan perasaan cinta terhadap Alisa menerima lamaran tersebut. Kehidupan baru di dalam kondominium The Semporna adalah kebahagiaan buat Alisa namun segalanya diragut apabila virus mula merebak masuk ke dalam bangunan kondominium tersebut.
Kondominium The Semporna terpaksa diletakkan dibawah lockdown. Suka atau tidak, tiada siapa yang dibenarkan keluar termasuklah Dariel dan Alisa. Ini menyebabkan keadaan di luar menjadi kacau-bilau dengan kerja Federico yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi mereka.
Siapakah yang akan terselamat dan siapakah yang akan terkorban di dalam kondominium itu?