TITISAN CINTA. (Completed)
  • Reads 138,833
  • Votes 6,030
  • Parts 65
  • Reads 138,833
  • Votes 6,030
  • Parts 65
Complete, First published Oct 25, 2020
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan  Syed Mirza  memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar.

"Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah

Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! 

Kuasa Allah tiada siapa mampu duga.  Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya.

"Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza

Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah!

Satu demi  satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. 

Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula.

"Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan

Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta.

"Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza

Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima  Syed Mirza?

Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
All Rights Reserved
Sign up to add TITISAN CINTA. (Completed) to your library and receive updates
or
#2bahagia
Content Guidelines
You may also like
SWEET HEARTBREAK (C) by tyracaramel
50 parts Complete
COMPLETED "Apa nama penuh kau?"soal lelaki yang bermata coklat dan berkulit putih kemerahan. "R-Raisha.. Raisha Sabrina.."jawab gadis berbaju kurung biru. "Pelik. Aku tak nak tidur dengan kau tapi aku nak kau. Faham tak?" Lelaki itu menyingsingkan lengan bajunya dan merenung mata gadis berumur awal 20-an itu. Raisha tertunduk takut dan cuba untuk memujuk lelaki di hadapannya itu untuk melepaskan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa pun. "Aku Qaiser Harith.. Dan kakak kau dah serahkan kau pada aku untuk langsaikan hutang dia." Lelaki bernama Qaiser ini tersenyum manis. "Saya tak ada apa-apa.. Saya hanya ada sijil SPM!" Raisha memejamkan matanya serapat yang mungkin apabila Qaiser merapatkan wajahnya pada telinga Raisha. "Aku tak perlukan apa-apa daripada kau.. Melainkan satu perkara." Mata Qaiser mencerlung ke arah wajah Raisha yang sudah jelas ketakutan dengannya. Lebih-lebih lagi jarak mereka yang terlalu rapat sehingga Qaiser dapat mendengar deruan nafas Raisha. "Musnahkan perkahwinan aku." Permintaan yang tak masuk akal langsung! Raisha terpempan apabila mendengar permintaan lelaki tersebut. Namun,dirinya kembali diselubungi perasaan takut apabila ugutan terhadapnya semakin menakutkan apabila didengar. "Kalau kau tak berjaya buat isteri aku minta cerai dengan aku.." Qaiser mengusap perlahan rambut Raisha. "Kau yang akan jadi isteri aku,"bisik Qaiser. Senyuman sinis diberi. Raisha Sabrina sudah terperangkap di dalam hidup Qaiser Harith tanpa menjumpai jalan keluar. Ugutan yang mampu mengacau jiwa dan perasaan Raisha.
ONLY YOU, LOVE - C by _misssuzana
69 parts Complete
[KARYA PERTAMA] [Completed] Known as: Cinta Untuk Kamu Lagi Tengku Ayie Idlan - Seorang lelaki yang membenci kaum wanita. Sifat benci tersebut muncul tatkala dia kehilangan seorang abang angkat dan kekasih hati. Kekasihnya yang akan berkahwin dengan orang lain. Hati siapa yang tak sakit bila ditinggalkan kerana lelaki lain? Selepas itu, sesuatu telah terjadi menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan seorang gadis yang dia tidak kenali. "Awak ingat kita kahwin sebab cinta ke, hah? Awak ingat saya boleh tidur dengan perempuan yang saya tak sayang, tak cinta? Dalam mimpi mahupun realiti, saya takkan terima awak." - Tengku Ayie Idlan Aira Syazah - Seorang gadis yang manja, ceria dan peramah dengan orang lain. Namun itu semua hilang selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki untuk menutup malu kedua-dua pihak. Berkahwin dengan lelaki itu adalah keinginan dirinya. Tapi dengan cara mereka berkahwin, dia pasti lelaki itu akan membenci dirinya. "Apa yang awak akan buat kalau perasaan kita berdua berubah satu hari nanti? Awak dah jatuh cinta dekat saya tapi saya pula bencikan awak."- Aira Syazah. Tatkala mereka sudah mencapai kebahagian, datang pula orang ketiga. Datangnya tanpa diundang, meruntuhkannya tanpa dipinta. Kepercayaan yang dibina telah pun runtuh disebabkan satu kejadian yang telah berlaku. "Mama, siapa lelaki tu?"- Aira Syazah "Bagi abang kesempatan untuk pulihkan hubungan kita."- Tengku Ayie Idlan "Kakak aku jadi macam tu disebabkan dia! Tiga tahun aku kehilangan orang yang aku sayang! Sekarang ni, aku nak dia pula yang rasa macam mana kehilangan orang yang tersayang. Manusia tak manusia, tetap aku akan bunuh." Berjayakah Tengku Ayie mengembalikan kepercayaan itu? Mampukah Aira mempercayai suaminya semula? Dapatkah orang ketiga itu membalas dendam? ⚠️ Bab awal (1-33) sedikit x menarik (cliché) ⚠️ Boleh baca dari bab 34/40 ⚠️ Warning: unedited story & TERSANGATLAH cliché Start: May 2020 End: May 2021
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
67 parts Complete
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
You may also like
Slide 1 of 20
[C] Janna Wafdan cover
Teruntuk Cinta [C] cover
SWEET HEARTBREAK (C) cover
Dia , Amanda Rose cover
Terlanjur Mencintainya (C) cover
Lelaki itu suamiku cover
Babysitter Tuan Mirza [✔] cover
ONLY YOU, LOVE - C cover
H A R I S   Z U F R A N  (RAW) cover
mrs. isteri | ✓ cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
Epilog Cinta Mikayla cover
BUKAN ISTERI PILIHAN cover
𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 © cover
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED) cover
I See You  cover
Mr. Doktor I love you cover
Mi Cariño cover
Bunga Sofiea [C] cover
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] cover

[C] Janna Wafdan

61 parts Complete

STATUS | COMPLETE START | AUG 4, 2019 END | APR 29, 2021 Kisah cinta Janna Warda dan Wafdan Muammar hanya cinta biasa. Tapi pada Janna Warda, ianya cinta luar biasa. Cinta pandang pertama Wafdan Muammar ketika kali pertama melihat. Cinta pandang kedua Wafdan Muammar setelah 4tahun tidak bersua. Cinta pandang ketiga Wafdan Muammar sewaktu akad nikah. Tenangnya hati ketika dapat memiliki sebaris nama Janna Warda sebagai isteri. Siapa wanita itu. Dari mana wanita itu. Langsung dia tidak kisah. Yang penting, cintanya tulus biarpun dia harus menunggu balasan yang sama dari isteri tercinta.