CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]
  • Reads 161,861
  • Votes 5,287
  • Parts 14
  • Reads 161,861
  • Votes 5,287
  • Parts 14
Complete, First published Oct 28, 2020
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir.

Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut.

Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya.

"Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA

Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya.

Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. 

Masalah bertambah berat apabila  seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan!

Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun.

Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? 

"Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE.

Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba?

Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. 

Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! 


Terbitan: Fajar Pakeer
All Rights Reserved
Sign up to add CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] to your library and receive updates
or
#809aksi
Content Guidelines
You may also like
Dia Untuk Aku by karyaseni2u
15 parts Complete
BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees "Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq "Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees "Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - Taufiq Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq "Saya bukan perempuan baik..." - Johanees Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
18 parts Complete
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Lelaki Astatine by karyaseni2u
16 parts Ongoing
"Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya". - ESHAL ELZAHRA Itulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis. "Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?"- ARDEAN TUFAIL Itu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis. Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen. "Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only." - ARDEAN TUFAIL Detik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi lebih rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya. "Allow me to make you happy, allow yourself to be happy."- ARDEAN TUFAIL Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal. "Awak akan menyesal, Ardean!" - ESHAL ELZAHRA Dan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia, tak akan pernah mengalah! Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik. "Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat."
You may also like
Slide 1 of 10
Halloween Vault ✔ cover
Dia Untuk Aku cover
[√] Kau Ex Crush Aku. cover
✓ [ ROMEO BRIDE ] [EBOOK] [3] cover
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑] cover
Crush Ke Jodoh ?  cover
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) cover
EGO cover
Mrs. Rayyan cover
Lelaki Astatine cover

Halloween Vault ✔

7 parts Complete

Halloween Vault |Malay