MISS CUPCAKE (✔️)

MISS CUPCAKE (✔️)

  • WpView
    Reads 4,517
  • WpVote
    Votes 549
  • WpPart
    Parts 44
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Aug 28, 2021
WpInfo
Fiction
Romance
[#1 in Kafe - 7/02/2021] [#5 in Kisahcinta - 15/02/2021] [#3 in Photographer - 27/04/2021] KERANA SEBIJI CUPCAKE, KITA BERTEMU. Achbar Muhammad Taufiq, cintanya kepada gadis bernama Nur Khalisya Hijannah berputik sejak kali pertama mereka bertemu. Lamaran diberi, namun berkali ditolak. Sedikit pun dirinya tidak pernah menyerah kalah. Berbatu gadis itu lari, beribu langkah di atur mengejar si pencuri hati. Nur Khalisya Hijannah, dirinya pernah dikecewakan membuatkan dia seringkali melabel lelaki sebagai 'buaya darat'. Akibat dari peristiwa itu, dia bangkit semula dengan sebuah kafe yang diberi nama D'love kafé. Kemunculan Achbar Muhammad Taufiq dalam hidupnya membuatkan dirinya rimas. Berkali sudah dia melarang, namun lelaki itu ibarat kereta kebal yang pantang menyerah! "Dua tiga buah ceri, hati saya awak dah curi!" - Achbar Muhammad Taufiq "Pergi pekan, tak beli apa-apa. Awak ni kan dah kenapa?!" - Nur Khalisya Hijannah Dek usaha Achbar Muhammad Taufiq yang tidak pernah mengalah untuk memikat dirinya, sedikit demi sedikit hatinya mulai terpaut dan akhirnya terbuka ikhlas menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupannya. Disaat hati sudah saling menyayangi, hadirnya Aidan Zarith semula untuk merebut si kekasih lama. Beribu cara dibuat agar mereka berpisah. "Sudahlah, Aidan. Kita dah tak ada apa-apa! Awak dah hancurkan hati saya! Awak ingat saya ni patung ke tak ada perasaan?!" - Nur Khalisya Hijannah "Lepaskan dia. Dia milik aku selamanya." - Aidan Zarith "Lelaki sejati takkan pernah menyerah sebelum tewas tersungkur." - Achbar Muhammad Taufiq Siapakah yang bakal dipilih oleh Nur Khalisya Hijannah? Masihkah ada cinta buat Aidan Zarith? Atau Nur Khalisya Hijannah lebih teguh akan cinta barunya kepada Achbar Muhammad Taufiq? "Kau tak akan pernah bahagia. Hadirnya aku akan memusnahkan semua." - Puteri Azirah Siapakah pula Puteri Azirah?
All Rights Reserved
#14
kakinovel
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • AISARA (COMPLETED) ✔
  • Terima Kasih Suamiku {Completed}
  • Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT)
  • [COMPLETED] ANNA (REVAMP)
  • Mr.Ceo&Miss. Cafe
  • CINTA YANG TERTANGGUH
  • Her Sapphire Tides [C] ✓
  • Cinta Dia
  • Tolong Lindungi Dia
  • First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]

"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021

More details
WpActionLinkContent Guidelines