Story cover for 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍} by asunnaraa
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • WpView
    Reads 126,315
  • WpVote
    Votes 9,039
  • WpPart
    Parts 22
  • WpView
    Reads 126,315
  • WpVote
    Votes 9,039
  • WpPart
    Parts 22
Complete, First published Nov 10, 2020
"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞."
- 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶

Tuan Nuh Fateh | 
Raisha

Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran.

Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu.

"Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan. 

"Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍} to your library and receive updates
or
#763melayu
Content Guidelines
You may also like
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH by queessa
66 parts Complete
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
28 parts Complete
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
Payung Cinta by UyunAzielea
25 parts Complete
Zaman persekolahan semestinya setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman atau kenangan pahit dan manis terutaman sekali berkaitan dengan cinta monyet. Naurah Nuwairah amat menyukai Hadif Azfar sejak kali pertama terserempak tanpa mengetahui yang lelaki itu adalah rakannya pada zaman kecil dulu. Mereka berpisah dan dipertemukan semula dalam situasi yang tak terduga yang merapatkan hubungan mereka kembali. Pengakuan cinta Nuwairah membuatkan Azfar kurang selesa lalu dia membawa diri ke luar negara. Dengan satu harapan agar Nuwairah melupakan niat murninya itu. Nuwairah sungguh sedih apabila cintanya tak berbalas. Thariq Zeeyaad dan Naurah Nuwairah saling sayang menyayangi antara satu sama lain namun hanyalah sebagai sahabat baik. Disebabkan hati Nuwairah kosong, sungguh mudah perasaan bahagia itu menyerap masuk. Tetapi, Thariq menolaknya dan sempat berpesan supaya kekal menganggapnya kawan. Sekali lagi hati Nuwairah kecewa hingga memasang tekad untuk tidak menganggu Thariq lagi. Perkenalan singkat dengan Layyin Yusuf membibitkan memori indah untuk dikenang. Sedaya upaya Nuwairah meletakkan sempadan supaya tidak terjebak dengan cinta bertepuk sebelah tangan lagi. Kekecewaan masa lalu mengajar Nuwairah untuk lebih berhati-hati Tiba satu hari Thariq muncul melafazkan kata-kata cinta sekaligus ingin menjadikan Nuwairah sebagai penyeri dalam hidupnya. Betapa seronok Nuwairah mendengar pengakuan cinta dari bibir Thariq. Tetapi mengapa hatinya berasa tidak gembira? Siapakah yang akan menjadi pilihan Nuwairah? Thariq, cinta yang terpendam bertahun-tahun atau Layyin yang sentiasa ada disisinya saat dia memerlukan. Pilihan telah ditentukan melalui kata-kata, 'mungkin saya bukan payung itu tapi saya berjanji akan sentiasa memayungi awak hingga akhir nafas saya.'
You may also like
Slide 1 of 10
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH cover
OH MY PRETTY MAID [EDITING] cover
Di Bawah Payung Cinta cover
Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal cover
Memoir Si Hati Kering cover
Ku Milikmu cover
Seindah Lebaran cover
Gila-gila Terjatuh Cinta cover
Payung Cinta cover
Nuh's Secret Wife [C] cover

LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH