STOP UPDATE/HIATUS!
Isya Insyirah x Noah Mikhael
First Collabaration (Fahizah_Reena & _Syafiera)
Setelah sekian lama tidak bersua, aku dipertemukan kembali dengan si dia. Si dia yang pernah aku puja, Noah Mikhael.Tidakku sangka, wajahnya kacak betul.Tapi sayang seribu kali sayang, dia 'bisu' rupanya...
Seribu patah aku cakap, sepatah saja yang dibalasnya.
Tok Ma dan mama Mikhael ingin jodohkan kami, dan aku dengan rela hati menerimanya walaupun sedikit ragu dengan kuputusanku itu. Ragu andai kami berumah tangga, hanya cengkerik yang menjadi peneman kami berdua.
Belumpun diijabkabulkan, aku bagaikan sudah 'ditalak'. Jawapan 'No' yang terbit dari bibir itu sedikit sebanyak membuatkan hati terasa seperti dicampakkan ke lantai tanpa belas kasihan.
"Lambat awak balik harini. Isya baru ingat nak makan malam sama-sama dengan awak."~Isya
"Aku dah makan."~Mikhael
Setiap hari, aku makan hati. Dia sibuk dengan kerjayanya sebagai doktor, aku pula terkial-kial dirumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Itupun atas suruhan dia.
Aku yang agak gila-gila perangai, makin lesap sedikit demi sedikit. Habistu, apa yang perlu aku buat jika hanya aku saja berbicara didalam istana kami itu, dia pula?Sering tidak mengendahkan aku.
Aku juga manusia biasa, walaupun banyak bersabar pasti kesabaran itu menipis dari hari ke hari. Sepertinya dalam tempoh perkahwinan kami, sedikitpun tak membuahkan rasa cinta dihati dia buat aku... Dan aku...Terpaksa memilih untuk pergi. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan untukku...
Credit cover by @flwrpark
Start : 15 nov 2020
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .