PAYUNG HATI

PAYUNG HATI

  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Apr 16, 2022
WpInfo
Fiction
Romance
Arissa Abdullah. Kisah hidupnya tak seperti orang lain. Kasih sayang yang dirasainya sentiasa bersifat sementara. Dari kecil, dirinya hanya mampu menumpang sayang daripada insan lain yang tidak sedarah dengannya. Penyatuannya dengan Mikail memberi sinar dalam hidupnya. Mereka berkongsi kisah hidup yang hampir sama. Sama-sama mencari cinta baru bagi merawat luka masing-masing. Mungkin, dari pandangan mata orang, dirinya seperti watak jahat. Seakan mengambil kesempatan dengan menawarkan diri untuk mengisi tempat kosong di sisi Mikail saat lelaki itu membuat keputusan memutuskan ikatan pertunangan dengan sahabat baiknya itu. Namun, dia tidak kisah dihina. Takdirnya tertulis begitu. Sepanjang empat tahun menetap di negara orang, dia dan Mikail hidup bahagia. Kehadiran Alaiyna menceriakan suasana. Anak itu menjadi penguat untuk Mikail meneruskan rawatan dalam sisa hidupnya. Dialah isteri, dia jugalah doktor pada Mikail. Walaupun mereka tahu peluang sembuh semakin tipis, tetapi tidak mahu dia melihat suaminya terus mengalah. Namun siapalah dia melawan takdir. Dia ditinggalkan jua pada akhirnya. Kini, amanat terakhir arwah membawa dia pulang ke tanah air. Mampukah dia menunaikan janji atau janji itu tertunai sendiri? Mampukah juga dia bahagia? **************** Hello readers... Ini merupakan baby saya yang pertama. Tbh, saya tidak pandai mengarang karya namun saya jadikan ini sebagai cabaran. Novel Payung Hati ini dihasilkan saat penulis terbuai dengan alur cerita sebuah drama yang pernah ditayangkan tidak lama dahulu. Oleh itu, mungkin ada sebahagian watak yang masih dikekalkan namanya. Namun begitu, hasil penulisan ini adalah 100 peratus ilham dan cetusan idea penulis. Hope you will like it and give me some vote 😙😃
All Rights Reserved
#49
hati
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • HIKAYAT TAK BERNAMA [COMPLETED✓]
  • Tanpa Cinta [COMPLETE]
  • Pikat Hati Dia
  • Hidayah Cinta....Jika Itu CINTA Azali buat Ku.
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • Terpadamnya Lilin di Tangga
  • RAHASIA HATI
  • Cinta Dari Iblis
  • MR. ASH SEBELAH RUMAH

AAIRUL RAYQAL - Seorang anak yang dianggap hidupnya serba serbi sempurna kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah. Namun, sempurna yang dianggap mereka adalah sumpahan bagi dirinya. Dia adalah sumpahan dalam hidup ibunya, Aairul. Dibesarkan dalam keadaan yang memaksa dia untuk terus kuat menjadikan dirinya seorang yang dingin. Tetapi, berwatak dingin dan beku tidak bermakna dia tidak mempunyai hati perasaan. Dia juga tahu untuk menangis. Hatinya terpikat akan seorang gadis. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk meluahkan rasa sayangnya kepada gadis yang dia cintai. Akhirnya, dia memilih cara yang salah iaitu menyakiti gadis itu. Dialah hero dan dialah juga si antagonis. NUHA - Langit yang membiru tidak pernah mengecewakan dalam menjadi penawar dikala dia sering disakiti oleh insan yang dipanggil 'abang'. Insan yang juga telah dianggap sebagai darah dagingnya sendiri. Dia difitnah, ditipu, dikhianat dan dimaki tanpa usul periksa. Percayalah, dia pernah mengganggap kehadiran seorang abang merupakan rahmat terbesar daripada tuhan iaitu malaikat pelindung dalam hidupnya. Tapi sayang, abang yang dianggap sebagai malaikat pelindung itulah juga seorang iblis yang bertopengkan manusia. Hati dia terlalu rapuh. Pada akhirnya, hati yang sering memaafkan juga kenal erti penat. Sayang, kini aku tuliskan sebuah cerita yang pernah aku panggil derita pada suatu ketika dahulu. Derita inilah juga yang membawa diri aku untuk terus kuat sehingga sekarang. Sayang, aku bercerita bukan untuk dipatahkan. Sayang, ini cerita bukan derita...

More details
WpActionLinkContent Guidelines