Cik Penulis Pujaan Tengku [E-Book]
8 Части Заверше нная история DISCLAIMER: HANYA UNTUK PEMBACAAN AWAL SAHAJA
"Cik Suraya Qaisara. Wah, pertama kali tulis novel dah dapat perhatian masyarakat setempat" - Tengku Fayyadh
"Kalau betul pun, saya ganggu awak ke?"
- Suraya Qaisara
"Well, apa kata kalau aku buat tajuk novel kau menjadi kenyataan?" - Tengku Fayyadh
Cik Penulis Pujaan Tengku. Novel yang direka sendiri oleh Suraya Qaisara. Menceritakan tentang bagaimana seorang penulis novel biasa dilamar oleh tengku yang berketurunan diraja.
Suraya Qaisara tidak menyangka dia akan membuat novel tersebut menjadi kenyataan! Dia tidak mengharapkan apa-apa dalam kehidupan realiti!
"Babe! Kau kena lamar dengan Tengku? Kau ni, berangan je lebih!" - Farah Asyikin
"Haah, aku berangan je kut?"
- Suraya Qaisara
Dia semakin menenggelamkan hasratnya apabila mendapat kutukan daripada kawan baik sendiri. Dia cuba menjauhkan diri daripada Tengku Fayyadh.
"Aisha Hanim dan Tengku Adnan. Tak best lah. How about Suraya Qaisara dan Tengku Fayyadh?" - Tengku Fayyadh.
"Err..." - Suraya Qaisara
Bermacam-macam cara Tengku Fayyadh cuba untuk memikat Suraya Qaisara. Sehingga dia terpaksa membeli buku 'Tujuh Tips Memikat Wanita'. Sanggup dia menebalkan muka semata-mata untuk Suraya Qaisara!
"Jangan risau princess, novel kau akan jadi realiti" - Tengku Fayyadh
"Saya... tak nak pun" - Suraya Qaisara
Akhirnya, Tengku Fayyadh mengalah. Di saat Tengku Fayyadh telah give up, Suraya Qaisara memberi harapan cinta kepada lelaki lain.
Ini menyebabkan Tengku Fayyadh berasa tercabar. Dia terpaksa bertarung dengan Nizam Aziz, rakan kolej Suraya Qaisara.
"Kau tak akan mampu dapatkan Sue" - Nizam Aziz
"Dalam novel dia, Tengku Adnan yang menang. Izham Omar kalah. So, kau termasuk dalam kategori Izham Omar" - Tengku Fayyadh
Mampukah Tengku Fayyadh mendapatkan hati Suraya Qaisara? Apakah Suraya Qaisara akan menjadi suri hati Nizam Aziz?
Terima kasih doakan Moon. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik ♡