Mari bercerita tentang kuasa-kuasa atau keupayaan diluar batas manusia, atau tentang makhluk-makhluk mitos yang mungkin menyerupai manusia tetapi jauh berbeza dengan mereka. Ada yang kata kalau mereka menyerupai seekor naga dengan tanduk diatas kepala, ada pula yang kata kalau-kalau mereka itu mempunyai sepasang sayap yang sangat indah menyerupai sayap malaikat. Lalu bagaimana dengan saiz mereka? Kata mereka, saiz mereka berbeza-beza, ada yang kecil seperti genggaman tangan manusia ada pula yang yang bersaiz besar seperti seekor naga. Kata mereka lagi, mereka itu boleh berlari beribu-ribu batu hanya dalam satu malam atau mereka boleh mengeluarkan kuasa magik dan boleh bernafas didalam air. sayap-sayap indah yang melekat dibelakang mereka jelas menunjukkan bahawa mereka bukan manusia. Dengan sayap yang besar itu mereka mampu terbang tinggi dilangit Namun bagi mereka itu semua hanyalah mitos yang diceritakan oleh orang tua-tua kepada anak-anak mereka ketika malam sebagai peneman tidur mereka. tapi bagaimana dengan kamu? Apakah kamu percaya dengan kewujudan mereka? Atau kamu hanya menganggap mereka hanya sebagai cerita yang disampaikan oleh orang tua kamu sebagai cerita masa lapang? Mari kita bercerita lagi, cerita ini mengenai sebuah kerajaan jauh dari jangkauan manusia, masih berada dibumi namun jauh dari kehidupan manusia. Sebuah tempat yang penuh dengan keajaiban dan kuasa magik yang hanya mampu kamu bayangkan dalam imaginasi terdalam kamu. Sebuah tempat yang penuh dengan makhluk-makhluk yang kamu anggap mitos dan tempat inilah yang akan mengubah persepsi kamu tentang mereka yang kamu anggap sebuah mitos.All Rights Reserved
1 part