Nurul Aazeen tidak mempercayai cinta kerana pernah disakiti oleh orang yang diminatinya sewaktu remaja di zaman persekolahannya. Setelah dewasa Nurul Aazeen terpaksa bertunang dengan Muhammad Harisz Naufal kerana kehendak mak dan ayahnya dan pertunangan itu diputuskan kerana orang ketiga namun Nurul Aazeen tetap tenang dan membuatkannya bertambah benci terhadap cinta. Nurul Aazeen mengambil keputusan untuk mengikuti sahabatnya Nur Adelia balik ke kampung kerana ingin menenangkan fikirannya dan berjumpa dengan Muhammad Abhar iaitu sepupu sahabatnya yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman wanita namun tidak bagi Nurul Aazeen kerana Nurul Aazeen tidak mempercayai tentang cinta. Dapatkah Nurul Aazeen mempercayai cinta.
3 parts