Tetap Milikmu

Tetap Milikmu

  • WpView
    Membaca 2,456
  • WpVote
    Vote 368
  • WpPart
    Bab 15
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Min, Sep 18, 2022
WpInfo
Fiksi
Romansa
Ini kisah Ammar Khuzairy dan Nur Armel. Kepulangan Ammar ke Malaysia untuk mencari Suraya, kekasih hati yang tiba-tiba hilang membawa cintanya. Tanpa Ammar ketahui Suraya telah mengandungkan anaknya. Demi mahu menebus kesilapan diri Ammar bersetuju untuk mengikut telunjuk Datin Sopia. Rancangan dia adalah untuk memusnahkan syarikat milik ayahnya sendiri iaitu Tuan Hamzah. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Bukan mudah untuk Ammar merangkul kepercayaan si ayah sehinggalah dia memutuskan untuk mengahwini Armel. Wanita itu akan menjadi batu loncatan Ammar untuk memusnahkan Tuan Hamzah. Ammar menaburkan segala sumpah dan janji untuk menjaga dan mencintai Armel. Hakikatnya dia hanya bermain cinta. Bisikan rindu dan lafaz sayang hanya untuk mengaburi mata orang yang dia tulus mencintai si isteri. Semuanya terlihat indah oleh Armel yang sememangnya telah lama mendambakan Ammar. Dia hanyut dalam cinta dan kepercayaan sehingga dia buta hendak menilai keikhlasan Ammar. Sampai satu saat, Ammar terjerat dengan permainan sendiri. Dia mengaku yang cintanya buat Armel sudah bermukim di dalam hati. Ammar mulai menukar corak permainan. Berhati-hati dia menyembunyikan rahsianya agar tidak ketahuan oleh Armel. Ammar takut dirinya dibenci oleh Armel. Ammar risau dia bakal kehilangan wanita yang bergelar isteri. Bila satu persatu rahsia Ammar tersingkap, Armel rebah ke bumi. Terasa satu dunia menghentam kebodohannya kerana mencintai lelaki itu. Saat kaki ingin berlari jauh dari Ammar, ada tangan kecil yang menarik dia kembali. Armel terkaku. "Abang mohon Mel jangan tingkalkan abang dan Hilman. Kalau Mel tak buat untuk abang, buatlah demi Hilman. Dia perlukan Mel." - Ammar Khuzairy "Dia bukan anak saya. Saya tak pernah mengandung dan melahirkan anak awak." - Nur Armel. Masihkah hati ini milik ku?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#139
bahagia
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Bahagia Yang Aku Tunggu
  • CHANDELIER
  • CINTA UNTUK KANDA
  • My Butterfly
  • Cinta Hati Mr. Annoying
  • CINTA MAMAT MUKA KETAT
  • Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta
  • Honey I'm Yours
  • THE DEVOTION [EBOOK]

3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan