Dunia menjadi huru-hara apabila sesuatu yang fantasi telah menjadi realiti. Tiada sesiapa sangka bahawa dunia akan menemui pengakhiran sedemikian tetapi berbeza pula dengan seseorang yang bagaikan mengetahui kejadian itu bakal berlaku.
Di sebalik sesuatu rahsia. Tiada sesiapa yang tahu dunia novel yang ditulis oleh seseorang itu sebenarnya wujud. Di dunia realiti, semuanya hanya sebuah cerita. Tetapi di dunia novel, itu ialah realiti mereka.
Namun, seseorang pernah masuk ke dunia novel tanpa dia ketahui. Bagaikan satu mimpi.