BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)
33 parts Ongoing Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam.
Anak orang gaji?
Ya, itulah gelaran dia oleh seorang gadis yang merupakan anak kepada majikan ibunya, Aira Nabila.
Nama cantik seperti cantik si tuan punya badan. Namun, hanya nama saja yang tampak cantik tetapi bukan sifatnya.
Anak manja!
Sombong!
Hanya bergaul dengan orang-orang yang ternama sahaja. Langsung tidak dipandang orang-orang bawahan seperti Qays Nufail. Jangankan makan semeja, sebut nama pun tak mau.
"Babah please... kenapa panggil dia makan semeja dengan kita?! "-AIRA NABILA
"Apa salahnya? meja ni luas bukan sempit, "-Dato' Mikail.
"Tak pe Dato'. Saya makan dekat belakang je dengan umi saya, "-QAYS NUFAIL.
Sombong-sombong Aira pada akhirnya terikat selamanya dengan Qays hanya kerana sikap dirinya yang terlalu bebas di luar.
Hanya kerana mahu menjaga nama baik dirinya sendiri, Qays dengan relanya terima Aira dengan hati yang ikhlas.
"Saya tau saya tak layak untuk awak. Saya hanya seorang lelaki yang tak ada apa pun. Kita tak setaraf, "-QAYS NUFAIL
@kimiafina2021